NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Johor : Pengundi dinasihat mengundi awal, jangkaan hujan dan ribut petit disebelah petang

story-image
Cuaca mendung dan hujan mengiringi proses pengundian di 61 pusat mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram hari ini.

Di Pulai, cuaca cerah pada sebelah pagi dilihat beransur mendung di 47 pusat pengundian, begitu juga dengan keadaan di Simpang Jeram yang mempunyai 14 pusat pengundian.

Menurut lawan web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca diramalkan hujan di sebelah pagi dan ribut petir di sebelah petang bagi kedua-dua kawasan.

Sementara itu, pengundi dilihat hadir ke pusat pengundian seawal jam 7 pagi susulan peringatan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menggalakkan mereka melaksanakan tanggungjawab lebih awal susulan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Terdahulu petugas SPR, pasukan keselamatan serta petugas lain mula berkumpul seawal jam 6 pagi dan diberi taklimat mengenai tugas masing-masing sebelum pusat pengundian dibuka.

Seramai 3,370 petugas SPR terbabit selain 4,000 pegawai dan anggota polis bertugas bagi memastikan kelancaran proses pengundian hari ini.

Ia termasuk bagi pemantauan dan kawalan keselamatan di semua pusat mengundi, pusat penjumlahan undi dan kawasan sekitar serta kelancaran lalu lintas.

Menurut SPR, seramai 165,509 pengundi berdaftar ada untuk Parlimen Pulai manakala 48,301 pengundi lagi di DUN Simpang Jeram.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dilaksanakan susulan kematian penyandangnya iaitu Allahyarham Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo