NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis ambil keterangan Zaid atas kenyataan berkait kes Zahid



PETALING JAYA: Polis sudah mengambil keterangan bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim berhubung catatan media sosialnya pada 30 Ogos lalu berkaitan isu melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zin, berkata Zaid disiasat mengikut Seksyen 223 Akta Hasutan.

Katanya, polis mengambil sedikit masa sebelum memanggil Zaid untuk mengambil keterangannya kerana perlu memastikan beberapa perkara terlebih dahulu.

“Kita perlu mengesahkan dahulu akaun pemilik adalah benar milik orang yang disyaki sebab itu ia ambil masa sedikit,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman.

Awal bulan ini, Zahid diberikan pembebasan bersyarat daripada semua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang membabitkan Yayasan Akalbudi.

Presiden Umno itu didakwa menyeleweng jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi dan menerima rasuah daripada pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri dari 2013 hingga 2018.

Pelbagai pihak, termasuk Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, mendakwa kerajaan campur tangan dalam kes Zahid.

Zaid ketika dihubungi berkata, polis bertanya jika catatannya akan mencetuskan ketidakharmonian dan perpecahan dalam negara.

“Saya beritahu mereka, saya sayangkan tanah air saya dan mempunyai penghormatan tertinggi kepada raja, tetapi saya akan menjawab soalan khusus ini di mahkamah,” katanya kepada FMT.



Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo