NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Persiap hadapi PRN, Bung mahu Umno kembali perintah Sabah



PETALING JAYA: Umno menetapkan sasaran kembali memerintah Sabah selepas PRN akan datang, kata Ketuanya Bung Moktar Radin.

Bung berkata, selaras itu beliau kini memberi tumpuan penuh terhadap usaha mempersiapkan parti bagi menghadapi PRN.

Katanya, perkara itu menjadi fokus utama selepas kes mahkamah berhubung dakwaan rasuah dihadapinya sejak kira-kira lima tahun lalu selesai.

“Persiapan rapi bermula dengan usaha mengukuhkan parti di semua peringkat memandangkan PRN Sabah ke-17 semakin hampir.

“Saya kini lebih memfokuskan parti khususnya di Sabah kerana masa makin singkat untuk kita memperkukuhkan parti,” katanya sempena Majlis Kesyukuran Umno Sabah di Kota Kinabalu, menurut Harian Metro.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu mengulas mengenai fokusnya selepas beliau dan isteri, Zizie Izette Abdul Samad dilepas dan dibebaskan daripada kes rasuah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lalu.

Ketika ini Kabinet Sabah dianggotai wakil Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH) dan seorang wakil Umno iaitu Adun Tanjung Keramat Shahelmy Yahya yang menggantikan Bung sebagai timbalan ketua menteri, Januari lalu.

Sementara itu, Bung berkata beliau akan menyusun beberapa program turun padang untuk berjumpa akar umbi dan pimpinan parti di semua peringkat, disusuli langkah untuk menstruktur parti.

“Ini bagi memastikan kita benar-benar bersedia menghadapi PRN khususnya untuk memastikan Umno dapat kembali memerintah Sabah supaya kita dapat terus membangunkan negeri ini.

“Sabah sudah terlalu jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri lain, sedangkan negeri ini berpotensi dan mampu dibangunkan,” kata Ahli Parlimen Kinabatangan itu.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo