Saya amat tertarik dengan tulisan Joceline Tan bertajuk "Chinese political game of steps" dalam The Star. Tulisan ini menggambarkan sikap "pragmatik" pengundi Cina.
Dalam PRU 15, 95% pengundi Cina mengundi DAP. Namun dengan hanya 40 kerusi, DAP tidak boleh membentuk kerajaan. Kalau dicampur dengan PKR dan AMANAH sekalipun baru 82 kerusi. Masih belum dapat tubuh kerajaan.
Selepas PRU 15, Tan Sri Muhyiddin telah mendapat 115 sokongan Ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional dengan sokongan GPS, GRS dan 10 Ahli Dewan Rakyat BN beserta beberapa Ahli Dewan Rakyat bebas. 115 SD telah dihantar ke Istana Negara.
Namun, Anwar Ibrahim, Anthony Loke dan lain-lain pimpinan PH bergegas ke Hotel Seri Pacific untuk memintas. Mereka berjuma pemimpin UMNO dan BN. Hasilnya, mereka bersetuju membentuk kerajaan bersama.
Akhirnya, 10 Ahli Parlimen BN dipaksa menarik balik sokongan mereka kepada Tan Sri Muhyiddin.
Maka, terbentuklah Kerajaan Perpaduan. Dengan terbentuknya Kerajaan Perpaduan, DAP kembali berkuasa di dalam kerajaan selepas mereka ditendang keluar dari kerajaan melalui "Langkah Sheraton". Marah DAP bukan kepalang kepada Tan Sri Muhyiddin dan pimpinan PN yang lain kerana menendang mereka keluar dari kerajaan dahulu.
Sekarang, mereka telah kembali berkuasa. Tanpa segan silu mereka menggunakan nama Yang Di-Pertuan Agong. Kononnya inilah kerajaan Yang di-Pertuan Agong. Dahulu pun PN Kerajaan Yang di-Pertuan Agong juga kerana yang melantik semua Perdana Menteri adalah Agong. Tetapi mereka tidak mahu mengiktiraf.
Inilah pragmatisme DAP.
Untuk menggambarkan betapa pragmatiknya DAP, Joceline memetik kenyataan Dato’ Sri Sharkar Shamsudin, Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang:
"It’s the new reality. DAP leaders are PRAGMATIC, it is ABOUT BEING IN POWER or being the opposition,” kata Sharkar yang hadir dalam Kongres DAP baru-baru ini.
Pragmatisme DAP ialah KUASA. Asalkan dapat KUASA, semua benda pun boleh.
Apa jadi dengan prinsip menentang rasuah? Orang Cina yang menyokong DAP tak geli ke dengan rasuah?
Joceline Tan memberi jawapan yang tuntas mengenai persoalan ini. Dia menulis:
“A number of analysts had predicted an erosion of support as a result of disappointment over the government’s struggle to deliver and the questionable settlement of high profile corruption cases. Some even imagined that Chinese voters would go with the other side in the Johor by-elections.”
“THEY HAVE COMPLETELY MISREAD THE CHINESE MINDSET.”
“THE CHINESE WILL DEFEND THE UNITY GOVERNMENT TILL THE HEAVENS COLLAPSE,” said a lawyer who sits on the board of several Chinese cultural groups."
"Datuk Seri Anwar Ibrahim, said the Chinese lawyer, is THE MALAY LEADER THAT THE CHINESE HAVE ALWAYS DREAMT OF."
Faham, faham.
Jadi, maknanya rasuah tak rasuah belakang kira. Yang penting DAP dapat BERKUASA.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Joceline Tan kerana telah merungkai soalan Dato’ Seri Najib pada tahun 2013 – “Apa lagi Cina mahu?”, tanya Najib.
Kaum Cina mahu DAP berkuasa.
Joceline telah menjawab soalan ini dengan jelas dan tuntas.
Tahniah!
Habis yang delegasi UMNO disambut tepukan gemuruh perwakilan DAP dalam kongres mereka tu apa pula?
Bagi saya itu sekadar 'menganjing' UMNO. Lu sudah hilang kuasa!
The message is loud and clear.
Malangnya, mustahil untuk UMNO mendengar mesej itu sebab UMNO yang sebenarnya telah mati.
Yang ada itu cuma zombie UMNO.
Marzuki Mohamad
No comments
Post a Comment