NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penyelidik jangka PH mampu kekal DUN Simpang Jeram dengan majoriti tipis

Kajian lapangan oleh penyelidik daripada UTM mendapati lebih 50.83% daripada 600 pengundi yang ditemui menyatakan akan memilih calon PH.



PETALING JAYA: Seorang penyelidik menjangkakan Pakatan Harapan (PH) berupaya mempertahankan DUN Simpang Jeram namun dengan majoriti tipis.

Mazlan Ali dari Fakulti Teknologi dan Informatik Razak di Universiti Teknologi Malaysia berkata kajian lapangan mendapati lebih 50.83% daripada 600 pengundi yang ditemui menyatakan akan memilih calon PH, Nazri Abdul Rahman.

Manakala kira-kira 19.83% responden pula mengatakan mereka tidak akan mengundi calon PH, yang merupakan timbalan ketua Amanah Bakri.

“Kesimpulan hasil kajian, calon PH mungkin menang dengan majoriti tipis, dengan andaian majoriti pengundi luar dan pengundi muda menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Walaupun petunjuk hasil kajian PH mendahului, tetapi data yang dikutip hanyalah responden yang bermastautin di kawasan DUN Simpang Jeram dan tidak melibatkan responden luar kawasan atau pengundi luar,” katanya kepada FMT.

Kajian tersebut katanya dilakukan antara 29 hingga 31 Ogos lalu, menggunakan kaedah kuantitatif inferensi melibatkan 53.67% pengundi berketurunan Melayu, 43.5% Cina, dan 2.67% India.

Kebanyakan responden berusia 51-60 tahun (14.67%), diikuti 41-45 tahun (11.33%), 21-25 tahun (10.83%), dan 36-40 tahun (10.33%).

Simpang Jeram mempunyai kira-kira 40,379 pemilih berdaftar.

Sementara itu, Mazlan berkata kajian mendapati Nazri lebih dikenali pengundi berbanding calon PN, Dr Mazri Yahya dan calon bebas, S Jaganathan.

Antara yang membantu calon PH adalah Salahuddin Ayuh meninggalkan satu legasi yang baik di Simpang Jeram, katanya.

Selain itu, populariti Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut membantu calon PH, dengan 55.67% responden bersetuju berbanding 28.17% yang memilih tidak, tambahnya.

Dalam pada itu, lebih separuh responden (56.33%) menyokong kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN) berbanding 26.67% yang menolak, katanya.

“Calon pilihan paling popular untuk diundi ialah calon PH iaitu 56.83%, diikuti PN 27% dan calon bebas 8%.

“Manakala sejumlah 8.17% responden pula mengatakan akan memboikot semua calon,” katanya.

Calon bebas didapati popular di beberapa tempat di bandar dan pinggir bandar serta dalam kalangan orang India.

“Calon ini pasti tewas tetapi boleh menjadi ‘kacau daun’ dengan kemampuan meraih antara 1,500-1800 undi,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo