NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda UMNO gesa kerajaan perkenalkan semula Kedai Rakyat 1 Malaysia, contohi pemerintahan Najib Razak

KR1M, sebuah inisiatif bawah pentadbiran BN, dirasmikan pada 2011 ketika Najib Razak menjadi perdana menteri, namun ditamatkan pada 2017.


PETALING JAYA: Pemuda Umno meminta Putrajaya mempertimbang mewujudkan semula kedai menjual barangan pada harga murah seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, pada masa rakyat dihimpit kenaikan kos sara hidup, ramai menyedari premis diperkenalkan menerusi pentadbiran Najib Razak itu “kedai terbaik” untuk rakyat marhaen.

“Moga kerajaan kali ini dapat mewujudkan semula kedai seperti ini khas untuk warganegara Malaysia sahaja.

“Terima kasih Najib Razak atas usaha yang terbaik ini,” menurut Akmal yang juga exco Melaka dalam hantaran di Facebook diikuti #RinduZamanNajib.

KR1M, sebuah inisiatif bawah pentadbiran Barisan Nasional, dirasmikan pada 2011 oleh Najib, perdana menteri ketika itu.

Projek rintis model KR1M bermula di Stesen LRT Kelana Jaya kemudian diperluas ke kawasan rumah kos rendah seperti PPR dan flat, sejajar dengan matlamatnya membantu golongan B40 di kawasan bandar.

Harga barangan yang dijual di KR1M 30% lebih rendah daripada harga pasaran.

KR1M ditutup pada 2017 selepas kontrak pengendalinya, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) ditamatkan.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo