PETALING JAYA: MCA akan mengadakan pemilihan jawatankuasa pusat pada 24 Sept depan yang akan dibuat secara terbuka dan telus, kata Presidennya Wee Ka Siong.
Wee berkata, proses penamaan calon pula akan berlangsung di Wisma MCA, Isnin depan.
“Justeru saya mengajak kepada semua calon yang bertanding untuk bersama-sama menghadiri majlis pengenalan calon bagi pemilihan jawatankuasa pusat MCA 2023 yang akan diadakan di setiap negeri,” katanya di Facebook.
Menurutnya proses pengenalan calon dapat memudahkan proses berkempen supaya mereka dapat bertemu dengan perwakilan, selain dapat menyuburkan lagi demokrasi dalam parti MCA.
Jelasnya, semasa bertanding ketua Pemuda MCA pada 2008, beliau telah menggunakan kaedah tersebut, walaupun terdapat beberapa orang calon bertanding bagi merebut satu jawatan yang dipertandingkan.
“Dengan cara ini, ia tidak akan membazirkan masa calon dan juga para perwakilan. Selain daripada itu, ianya juga dapat mengeratkan lagi persahabatan akrab antara ahli-ahli parti serta mewujudkan persaingan yang sihat dan mesra,” katanya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment