NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PATI sanggup bayar RM10,000 masuk ke Malaysia

Antara PATI yang ditahan imigresen menerusi operasi khas di Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur, Rabu lalu. - Foto JIM


KUALA LUMPUR - Taktik licik sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menggunakan khidmat bas ekspres dari Kota Bharu, Kelantan ke ibu negara terbongkar selepas digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini pada Rabu lalu.

Operasi khas dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya kira-kira jam 4.30 petang itu berjaya menahan 36 PATI termasuk empat wanita.

Malah difahamkan sindiket mengenakan bayaran sebanyak RM10,000 bagi setiap PATI untuk masuk ke negara ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, imigresen berjaya mengesan tiga bas ekspres yang berasingan membawa PATI terbabit di Lebuhraya Pantai Timur sebelum diekori sehingga TBS.

"Pasukan operasi kemudian bertindak membuat pemeriksaan sebaik kesemua penumpang turun dari bas di TBS.

"Pemeriksaan mendapati PATI terbabit terdiri daripada 20 warga Bangladesh dan 16 warga Myanmar berusia lingkungan 19 hingga 45 tahun," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, semakan mendapati tiada cap keselamatan pada pasport mereka selain terdapat PATI yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah serta memiliki rekod senarai hitam berdasarkan rekod kesalahan lampau.

Katanya, modus operandi sindiket ialah menyeludup PATI melalui laluan haram sebelum dibawa ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dengan menggunakan pengangkutan awam bagi mengaburi pihak berkuasa.

Tegasnya, kejayaan ini rentetan operasi terdahulu yang dilaksanakan di lokasi yang sama pada Disember lalu dan Januari 2023.

"Kesemua PATI telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan ditahan di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut," jelasnya.


Sumber I Sinar Harian 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo