PAS BERSAMA UMNO BERPRINSIP, PH MELINDUNGI UMNO BERMASALAH
Bagi menjawab kekeliruan yang dicetuskan oleh pihak yang kabur politiknya, sehingga keliru membuat keputusan dan menganggap bahawa sama sahaja antara PAS bersama UMNO dengan PH bersama UMNO, maka perlunya penjelasan kepada perbezaan antara sikap PAS terhadap UMNO dengan sikap PH yang berbeza menubuhkan kerajaan yang berjenama ‘perpaduan’ bersama UMNO yang terpilih.
Berlaku perpecahan dalam UMNO akibat tsunami politik yang berlaku sehingga UMNO tersungkur dalam PRU-14 yang lalu disebabkan kelemahan dalaman mereka. Hal ini demikian kerana, mereka terlalu lama menjadi parti tulang belakang Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara selama lebih setengah abad.
Tiba-tiba, UMNO terhumban lebih parah pula dalam PRU-15 dan lebih malang lagi dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) di enam buah negeri baru-baru ini.
Beberapa orang pemimpin UMNO terlebih dahulu keluar daripada UMNO dan menubuhkan BERSATU kerana menyedari gejala salah laku dalam UMNO yang membocorkan bahteranya. Mereka terus bergabung dengan PAS dan mengambil alih kerajaan yang ditubuhkan selepas PRU-14 bersama kalangan UMNO yang mahu menyelamatkan negara.
Sebahagian UMNO lagi mencuba melakukan islah daripada dalamnya melalui perubahan kepimpinannya secara musyawarah. Namun, kepimpinan yang menjadi masalah dalam UMNO berjaya menyalahgunakan musyawarah itu dengan membuat keputusan yang mempertahankan kedudukan mereka dalam kepimpinan, sekali gus menjadikan keadaan lebih merumitkan.
DAP, PAN dan PKR yang merupakan komponen PH terus merangkul UMNO yang bermasalah bagi menghadapi PRU-15. Mereka mengambil kira matlamat menghalalkan segala cara bagi mencukupkan jumlah demi mendapatkan kuasa secara majoriti mengikut amalan demokrasi, tanpa mengambil kira kualiti yang berprinsip.
Maka, berjayalah mereka mendapat majoriti mudah bagi menguasai kerajaan dengan percaturan politik yang mengumpulkan sesiapa sahaja, termasuk bekas banduan, kluster mahkamah, dan bakal kemungkinan menjadi kluster. Sehinggakan, mereka meninggalkan slogan perjuangan yang dahulunya dilaungkan untuk menentang segala penyangak rasuah dan mengganyangnya habis-habisan, kini diubah nama samaran terhadap pihak lain dengan jenama ‘penyakau’, di samping ungkapan ‘tatakelola’ yang manis lagi menarik.
Adapun PAS mengambil pendekatan perpaduan umat berprinsipkan Islam, dengan mendahulukan perpaduan umat Islam Melayu dan Bumiputera serta kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem.
Kalangan UMNO yang berpegang kepada prinsip perlembagaannya yang mempertahankan agama, bangsa, dan tanah air, secara automatik bersama dengan PAS yang perlembagaannya berprinsipkan Islam yang sama. Di samping mereka yang menubuhkan BERSATU yang meninggalkan UMNO terlebih dahulu, disempurnakan lagi dengan penyertaan orang bukan Islam yang tidak ekstrem.
Perbezaan antara prinsip PAS dengan UMNO adalah dari segi pentafsiran dan pendekatan yang mencetuskan polemik yang panjang dan tajam. Namun begitu, polemik ini boleh dirungkaikan dengan berpandukan firman Allah SWT:
﴿ŁَŲ„ِŁ ŲŖَŁَٰŲ²َŲ¹ۡŲŖُŁ
ۡ ŁِŁ Ų“َŁۡŲ”ٖ ŁَŲ±ُŲÆُّŁŁُ Ų„ِŁَŁ Ł±ŁŁَّŁِ ŁَŁ±ŁŲ±َّŲ³ُŁŁِ Ų„ِŁ ŁُŁŲŖُŁ
ۡ ŲŖُŲ¤ۡŁ
ِŁُŁŁَ ŲØِŁ±ŁŁَّŁِ ŁَŁ±ŁۡŁَŁۡŁ
ِ Ł±ŁۡŲ£ٓŲ®ِŲ±ِۚ Ų°َٰŁِŁَ Ų®َŁۡŲ±ٞ ŁَŲ£َŲۡŲ³َŁُ ŲŖَŲ£ۡŁِŁŁًŲ§Ł„Ł©﴾
“Maka, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagi kamu) dan lebih baik akibatnya.” [Surah al-Nisa’: 59]
Allah SWT turut berfirman:
﴿ŁَŲ„ِŁ Ų·َŲ§ٓŲ¦ِŁَŲŖَŲ§Łِ Ł
ِŁَ Ł±ŁۡŁ
ُŲ¤ۡŁ
ِŁِŁŁَ Ł±ŁۡŲŖَŲŖَŁُŁŲ§ْ ŁَŲ£َŲµۡŁِŲُŁŲ§ْ ŲØَŁۡŁَŁُŁ
َŲ§ۖ ŁَŲ„ِŁۢ ŲØَŲŗَŲŖۡ Ų„ِŲۡŲÆَŁٰŁُŁ
َŲ§ Ų¹َŁَŁ Ł±ŁۡŲ£ُŲ®ۡŲ±َŁٰ ŁَŁَٰŲŖِŁُŁŲ§ْ Ł±ŁَّŲŖِŁ ŲŖَŲØۡŲŗِŁ ŲَŲŖَّŁٰ ŲŖَŁِŁٓŲ”َ Ų„ِŁَŁٰٓ Ų£َŁ
ۡŲ±ِ Ł±ŁŁَّŁِۚ ŁَŲ„ِŁ ŁَŲ§ٓŲ”َŲŖۡ ŁَŲ£َŲµۡŁِŲُŁŲ§ْ ŲØَŁۡŁَŁُŁ
َŲ§ ŲØِŁ±ŁۡŲ¹َŲÆۡŁِ ŁَŲ£َŁۡŲ³ِŲ·ُŁٓŲ§ْۖ Ų„ِŁَّ Ł±ŁŁَّŁَ ŁُŲِŲØُّ Ł±ŁۡŁ
ُŁۡŲ³ِŲ·ِŁŁَŁ© Ų„ِŁَّŁ
َŲ§ Ł±ŁۡŁ
ُŲ¤ۡŁ
ِŁُŁŁَ Ų„ِŲ®ۡŁَŲ©ٞ ŁَŲ£َŲµۡŁِŲُŁŲ§ْ ŲØَŁۡŁَ Ų£َŲ®َŁَŁۡŁُŁ
ۡۚ ŁَŁ±ŲŖَّŁُŁŲ§ْ Ł±ŁŁَّŁَ ŁَŲ¹َŁَّŁُŁ
ۡ ŲŖُŲ±ۡŲَŁ
ُŁŁَŁ”Ł ﴾
“Dan kalau ada dua golongan daripada mereka yang beriman itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara kedua-duanya! Akan tetapi, kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali kepada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara kedua-duanya menurut keadilan dan hendaklah kamu berlaku adil. Sesungguhnya, Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. (9) Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Oleh sebab itu, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua-dua saudaramu itu, dan takutlah terhadap Allah supaya kamu mendapat rahmat. (10)” [Surah al-Hujurat: 9–10]
Melalui perbincangan yang mudah, beberapa orang tokoh UMNO menyertai PAS, BERSATU, atau berada di bawah Muafakat Nasional (MN) yang dicadangkan oleh PAS, namun ditolak oleh UMNO yang bermasalah kerana dianggap tidak ada ruang bagi mereka menyelamatkan diri.
Adapun parti-parti komponen PH berkonsepkan pragmatik yang berubah mengikut keadaan dan kemahuan yang berprinsipkan sekularisme, sehingga para agamawan yang bersama mereka sekadar menjadi perhiasan yang tidak boleh menentukan partinya beristiqamah bersama Islam. Mereka tidak lebih daripada sekadar menjadi perhiasan menampakkan agama tanpa peranan amar ma‘ruf dan nahi munkar serta sekadar menjadi pembaca doa penghias majlis sahaja.
Tanggungjawab mempertahankan Islam serta ketuanan Melayu Islam dan Bumiputera menjadi titik persamaan terkini antara PAS dengan UMNO, di samping sikap bersama menolak perjuangan sekularisme dan Malaysian Malaysia yang terus menjadi perjuangan DAP yang menguasai dan sangat mungkar.
Tanggungjawab tersebut tidak ada dalam PH, sehingga menjadikan mereka tidak bersuara dalam mencegah kemungkaran, bahkan boleh mencampuradukkan perkara ma‘ruf dan mungkar. Antara contoh, pemimpinnya boleh hadir dalam majlis selawat dan majlis tari-menari.
Terkini, sikap mereka yang membiarkan pihak bukan Islam mengheret pelajar tahfiz yang dizalimi dengan dibawa ke dalam majlis hiburan yang dicampuradukkan dengan kemungkaran yang nyata. Para pelajar itu dijemput oleh kalangan bukan Islam yang mendominasi PH, sehingga ternyata dengan terang lagi bersuluh adanya pemimpin PH dalam konsert yang diadakan.
Begitu juga sikap membisu terhadap jenayah murtad yang disokong oleh DAP dan NGO yang bersamanya. Sikap mereka ialah bersama dengan kalangan liberal Barat yang terkeluar daripada fitrah, naluri, atau tabii atas nama kebebasan yang melampau di negara Barat yang bercanggah dengan budaya kaum yang beragama dan bermoral.
Peristiwa ini menepati firman Allah SWT terhadap kaum Bani Isra’il yang dilaknat:
﴿ŁَŁَŲ§ ŲŖَŁۡŲØِŲ³ُŁŲ§ْ Ł±ŁۡŲَŁَّ ŲØِŁ±ŁۡŲØَٰŲ·ِŁِ ŁَŲŖَŁۡŲŖُŁ
ُŁŲ§ْ Ł±ŁۡŲَŁَّ ŁَŲ£َŁŲŖُŁ
ۡ ŲŖَŲ¹ۡŁَŁ
ُŁŁَŁ¤Ł¢﴾
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.” [Surah al-Baqarah: 42]
Firman Allah SWT lagi:
﴿ŁُŲ¹ِŁَ Ł±ŁَّŲ°ِŁŁَ ŁَŁَŲ±ُŁŲ§ْ Ł
ِŁۢ ŲØَŁِŁٓ Ų„ِŲ³ْŲ±َŲ§Ų”ِŁْŁَ Ų¹َŁَŁٰ ŁِŲ³َŲ§Łِ ŲÆَŲ§ŁُŪ„ŲÆَ ŁَŲ¹ِŁŲ³َŁ Ł±ŲØۡŁِ Ł
َŲ±ۡŁَŁ
َۚ Ų°َٰŁِŁَ ŲØِŁ
َŲ§ Ų¹َŲµَŁŲ§ْ ŁَّŁَŲ§ŁُŁŲ§ْ ŁَŲ¹ۡŲŖَŲÆُŁŁَŁ§ŁØ ŁَŲ§ŁُŁŲ§ْ ŁَŲ§ ŁَŲŖَŁَŲ§ŁَŁۡŁَ Ų¹َŁ Ł
ُّŁŁَŲ±ٖ ŁَŲ¹َŁُŁŁُۚ ŁَŲØِŲ¦ۡŲ³َ Ł
َŲ§ ŁَŲ§ŁُŁŲ§ْ ŁَŁۡŲ¹َŁُŁŁَŁ§Ł©﴾
“Telah dilaknati orang-orang kafir daripada Bani Isra’il dengan lisan Dawud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. (78) Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya, amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu. (79)” [Surah al-Ma’idah: 78–79]
PAS yang berprinsip dan berdisiplin, apabila ada pemimpin yang melakukan sahaja perkara seperti yang disebutkan itu dalam parti, maka seseorang itu boleh dipecat daripada partinya. PAS juga mewajibkan nasihat dan pencegahan terhadap dalaman parti dan luarannya. Maka, PAS boleh menggerakkan kebebasan mengkritik dalam Kerajaan Negeri Terengganu yang dimenangi PAS sebanyak 32-0 tanpa pembangkang.
Tegasnya, tidak sama antara PAS dengan PH, begitu juga tidak sama antara Perikatan Nasional (PN) yang disertai PAS dengan PH kerana kami beristiqamah di atas prinsip perjuangan dan hala tuju.
Firman Allah SWT:
﴿ŁُŁۡ Ų„ِŁَّŁ
َŲ§ٓ Ų£َŲ¹ِŲøُŁُŁ
ŲØِŁَٰŲِŲÆَŲ©ٍۖ Ų£َŁ ŲŖَŁُŁŁ
ُŁŲ§ْ ŁِŁَّŁِ Ł
َŲ«ۡŁَŁٰ ŁَŁُŲ±َٰŲÆَŁٰ Ų«ُŁ
َّ ŲŖَŲŖَŁَŁَّŲ±ُŁŲ§ْۚ Ł
َŲ§ ŲØِŲµَŲ§ŲِŲØِŁُŁ
Ł
ِّŁ Ų¬ِŁَّŲ©ٍۚ Ų„ِŁۡ ŁُŁَ Ų„ِŁَّŲ§ ŁَŲ°ِŁŲ±ٞ ŁَّŁُŁ
ŲØَŁۡŁَ ŁَŲÆَŁۡ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØٖ Ų“َŲÆِŁŲÆٖŁ¤Ł¦﴾
“Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Sesungguhnya, aku hendak memperingatkan kepadamu suatu hal saja, iaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu fikirkan.’ (Muhammad) tidak ada penyakit gila sedikit pun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum (menghadapi) azab yang keras.” [Surah Saba’: 46]
Walaupun sebab turun ayat-ayat tersebut kepada Bani Isra’il dan yang akhir kepada kaum Musyrikin pada zaman Rasulullah SAW, para ulama’ menegaskan:
Ų§ŁْŲ¹ِŲØْŲ±َŲ©َ ŲØِŲ¹ُŁ
ُŁŁ
ِ Ų§ŁŁَّŁْŲøِ، ŁَŲ§ ŲØِŲ®ُŲµُŁŲµِ Ų§ŁŲ³َّŲØَŲØِ.
“Iktibar (pengajaran) diambil daripada lafaz yang umum, bukan daripada sebab yang khusus (ayat-ayat yang diwahyukan).”
Secara tegasnya, al-Quran ialah petunjuk sepanjang zaman kepada seluruh manusia sama ada Islam mahupun bukan Islam dalam semua urusan perjalanan hidup mereka.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 16 Safar 1445 / 2 September 2023
[Bil: 73 / 2023]
#HarakahDaily #MindaPresidenPAS
No comments
Post a Comment