PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersama Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul akan ke Lumut, Perak pada 5 Okt bagi melihat kemajuan projek kapal tempur pesisir (LCS).
Pengerusi Mas Ermieyati Samsudin berkata lawatan itu bertujuan memberi pencerahan kepada speaker berhubung laporan projek LCS, bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023, yang akan dibentangkan pada mesyuarat ketiga Dewan Rakyat 9 Okt.
“PAC berharap Johari mempertimbangkan supaya laporan PAC berhubung kemajuan projek pembinaan LCS dibahaskan di Dewan Rakyat selepas dibentangkan,” katanya dalam kenyataan.
Pembinaan LCS terpalit kontroversi apabila PAC mendedahkan tiada seunit pun disiapkan, walaupun kerajaan membelanjakan RM6.083 bilion untuk projek yang diberikan kepada Boustead Naval Shipyard (BNS), melalui rundingan terus.
Mengulas isu lain, Ermieyati memaklumkan PAC akan membentangkan laporan terimaan dan bayaran obligasi sosial perjanjian konsesi pengurusan industri padi dan beras negara, pada 11 Okt.
Dua lagi laporan iaitu pengurusan wabak Covid-19 dan kewangan Felcra Berhad akan ditetapkan kemudian.
Mas Ermieyati berkata PAC selesai mengambil keterangan Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong hari ini berkait laporan pengurusan Covid-19; manakala dua bekas pengerusi Felcra Tajuddin Abdul Rahman dan Bung Moktar pada Isnin lalu berhubung pengurusan syarikat kerajaan persekutuan itu.
“PAC berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh semua saksi yang terlibat dengan pelbagai prosiding,” katanya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment