NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Michelle Yeoh dicadang ahli baharu IOC

Lembaga eksekutif IOC mencadangkan Michelle Yeoh bersama tujuh lagi ahli baharu dalam jawatankuasa itu untuk pemilihan pada sesi ke-141 IOC di Mumbai, India, 15-17 Okt ini.


KUALA LUMPUR: Nama pemenang Oscar Michelle Yeoh dicadangkan sebagai ahli baharu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), semalam.

IOC dalam kenyataan memaklumkan lembaga eksekutif IOC bersetuju mencadangkan Yeoh bersama tujuh lagi ahli baharu dalam jawatankuasa itu untuk pemilihan pada sesi ke-141 IOC, yang dijadual berlangsung di Mumbai, India pada 15-17 Okt ini.

“Lembaga eksekutif bersetuju untuk menamakan lapan calon, masing-masing empat wanita dan lelaki untuk pemilihan ahli IOC bagi sesi akan datang,” menurut kenyataan itu.

Jika Yeoh dipilih, beliau akan menjadi satu-satunya wakil dari Malaysia.

Presiden IOC, Thomas Bach, berkata semua calon memberi nilai tambah kepada IOC kerana pengalaman dan kepakaran mereka yang luas dalam pelbagai bidang berbeza.

“Persamaan yang ada pada mereka ialah kecintaan terhadap sukan dan keyakinan tinggi terhadap nilai-nilai Olimpik dan pendirian IOC.

“Selain itu, pemilihan empat wanita itu mengukuhkan komitmen IOC terhadap kesaksamaan jantina dengan meningkatkan keahlian golongan itu kepada 44 orang atau 41.1%,” katanya.

Tujuh calon lain dicadangkan ialah Yael Arad (Israel), Balazs Furjes (Hungary), Cecilia Roxana Tait Villacorta (Peru), Michael Mronz (Jerman), Petra Sorling (Sweden) dan Jae Youl Kim (Korea) serta Mahrez Boussayene (Tunisia).

Aktres antarabangsa kelahiran Ipoh, Perak itu mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi ke-95 menerusi filem “Everything Everywhere All At Once” Mac lalu.

Wakil terakhir Malaysia dalam IOC ialah bekas presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tunku Imran Tuanku Ja’afar yang kini merupakan ahli kehormat IOC.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo