NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Memang kerajaan kawal harga barang asas’, Fuziah beritahu Akmal



PETALING JAYA: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh mempersoalkan gesaan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh supaya kerajaan mengawal sepenuhnya pengurusan barangan keperluan asas.

Fuziah berkata kerajaan sememangnya mengawal harga barangan asas seperti RON 95, diesel, beras tempatan, gula, minyak masak paket, ayam bulat standard, dan telur ayam gred A, B, serta C.

“Akmal perlu perjelas apa maksud kenyataan beliau.

“Dia ni exco (kemajuan desa, pertanian dan keterjaminan makanan Melaka), jadi dia kena faham punca kuasa,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas gesaan Akmal supaya kerajaan mengawal sepenuhnya pengurusan barangan keperluan asas.

Akmal berkata kerajaan sepatutnya mengawal dan mengurus semua barang makanan asas seperti beras, tepung, minyak dan gula, bukan memberikan hak sepenuhnya kepada pihak swasta.

Kenyataan itu menyusul selepas Fuziah mengarahkan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd menjelaskan kenaikan harga 30 produknya antara 10 sen hingga 40 sen mulai Ahad ini.

Antara produk mengalami kenaikan harga ialah Twiggies, Puazz Sambal Bilis, Sambal Mackerel dan Kari Ayam, Quick Bites Butter Toffee dan Red Beans, Quick Bites Cream Rolls, Numee Yelllow Noodle dan Numee Keluarga.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo