NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia merdeka tapi Orang Asli masih dirantai kemiskinan, kata aktivis

Parti Orang Asli Malaysia mahu Orang Asli dilibatkan dalam pembikinan dasar yang menyentuh kehidupan komuniti itu. (Gambar Bernama)



PETALING JAYA: Setiap tahun rakyat meraikan hari kemerdekaan dan pembentukan Malaysia, namun sekumpulan aktivis resah masyarakat Orang Asli masih ‘dirantai’ kemiskinan.

Salah seorangnya, Rashid Ka’, presiden sebuah parti baharu yang ditubuhkan khusus untuk memperjuangkan agenda Orang Asli.

Bagi beliau, kemerdekaan tidak dapat dijiwai sepenuhnya apabila masih ada rakyat hidup dikekang kesusahan. “Kemerdekaan di mata dan tidak di hati sepenuhnya, kerana rata-rata Orang Asli hidup miskin.”

“Kesusahan dihadapinya membelenggu fikiran dan sukar keluar dari kotak (fikiran) kebiasaan,” katanya kepada FMT.

Rashid berkata antara sebab tertubuhnya Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) pada akhir tahun lalu untuk membela nasib komuniti itu, melalui platform yang lebih besar melangkaui NGO sedia ada.

Beliau berharap nasib Orang Asli akan dapat dibela dengan lebih berkesan menerusi penyatuan suara dan perpaduan masyarakat bagi mencapai agenda kemakmuran.

Rashid percaya sekarang masanya Orang Asli mempunyai parti tersendiri, di samping institusi-institusi politik yang menggubal dasar menyentuh kehidupan komuniti itu.

“Orang Asli lebih memahami Orang Asli,” tegas Rashid. “Kami perlu di libat dalam membuat dasar, bukan hanya mengikut dan melaksana dasar yang telah dirancang pihak tertentu sahaja.”

Rashid berharap ASLI berpeluang memainkan peranan untuk Orang Asli menerusi semangat perkongsian kuasa dengan parti-parti lain.

“Andainya semua pihak dapat terima perjuangan ASLI dalam semangat perkongsian kuasa, saya yakin masyarakat Orang Asli lebih maju di masa depan.”

Menurut Rashid, ASLI merupakan cetusan idea beliau dan rakan-rakan pada 2018 dan pendaftarannya diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada Disember 2022.

Beliau berkata partinya kini mempunyai badan perhubungan di setiap negeri di Semenanjung dan keahlian mencecah 10,000 orang setakat September tahun ini.

Parti berteraskan Orang Asal perkara lazim di Malaysia, terutama di Malaysia Timur.


Sumber I FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo