NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kurangkan pembaziran makanan, contohi negara luar kata ahli parlimen DAP



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menggesa kerajaan mencontohi sistem pengurusan sisa makanan Perancis, Jerman dan Jepun bagi mengurangkan pembaziran makanan.

Bekas menteri industri utama itu berkata, usaha ini juga selaras dengan ikrar kerajaan untuk mendukung Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) ke-12 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai penggunaan dan pengeluaran mampan.

“Perancis negara terbaik dalam mengurangkan sisa (makanan). Mereka mengharamkan sisa makanan di kedai runcit dan menggubal undang-undang menghendaki kedai runcit menderma makanan yang boleh dimakan, berbanding membuangnya,” katanya.

“Jerman menghendaki perniagaan yang menghasilkan pembungkusan menyumbang kepada kos kitar semula dan pemulihannya.

“Sementara itu, Jepun memperkenalkan bank makanan negara yang dipanggil Second Harvest untuk menyelamatkan makanan yang boleh dimakan dari kedai runcit. Jepun turut menggubal Undang-undang Kitar Semula Makanan baru-baru ini agar sisa makanan dapat dijadikan sebagai kompos, makanan haiwan dan tenaga.”

Kok berkata demikian dalam perutusan sempena Hari Kesedaran Antarabangsa mengenai Pembaziran Makanan dan Pengurangan Sisa semalam.

Naib pengerusi DAP itu menambah, laporan PBB menunjukkan Malaysia membazir 8.3 juta tan makanan setiap tahun, bermakna setiap rakyat Malaysia membazir 259.82kg makanan setiap tahun.

Beliau turut memetik laporan mengenai pembaziran makanan secara besar-besaran di bazar Ramadan di Selangor awal tahun ini, dengan hampir 74 tan makanan dibuang setiap hari pada minggu pertama bulan puasa.

Ini menunjukkan peningkatan 45% daripada 50.78 tan sisa makanan yang direkodkan setiap hari di bazar Ramadan tahun lepas, katanya.

Sebagai respons, Kok berharap lebih banyak kempen dijalankan di sekolah dan komuniti setempat untuk meningkatkan kesedaran tentang sisa makanan dan penggunaan mampan.

Katanya, perbualan mengenai perkara ini boleh dimulakan di sekolah dengan menggalakkan pertanian mampan dan mewujudkan usaha pertanian komuniti di tanah berbidang kecil.

“Pada skala lebih besar, kita boleh memulakan kempen untuk meminimumkan pembaziran makanan dan menambah baik pengurusan sisa,” tambahnya.

Kok turut menggesa kerajaan agar mencadangkan penyelesaian bagi isu pembaziran makanan dalam Bajet 2024 akan datang untuk memelihara keterjaminan makanan.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo