NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid



Langkah kerajaan campuran yang kononnya berusaha untuk mengasingkan kuasa peguam negara dan pendakwa raya diperkecilkan bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy yang juga menjadi mangsa pecat kerana melawan Presiden UMNO sebelum ini mengungkit kenyataan dibuat oleh Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum menjadi menteri yang berkata “siapa pun jadi perdana menteri, peguam negara mesti orang dia sebab jawatan itu dilantik oleh perdana menteri”.

Jelas Khairy, pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) yang kononnya mahu mengasingkan kuasa tersebut dianggap sebagai tidak menyakinkan ekoran kenyataannya pada 27 Ogos lalu.

“Masalahnya kalau tak bebas, sama saja. Saya bangkitkan benda ini sebab dengar semula (kenyataan) Azalina tahun lepas dengan (kenyataan Azalina semalam).

“Orang yang sama cakap di Parlimen dengan tahun lepas tentang reformasi institusi tetapi sebenarnya dia punya niat masih nak ‘control’ peguam negara,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan, Shahril Hamdan yang turut dikenakan tindakan, berkata ia adalah salah satu taktik pemimpin politik untuk alih perhatian dengan bercakap mengenai pengasingan kuasa peguam negara dan pendakwa raya.

Katanya, sedangkan jika tidak bebas, ia tidak mengubah apa-apa jika pengasingan kuasa dibuat.

Isu pengasingan kuasa menjadi perdebatan susulan keputusan kes mahkamah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dihentikan prosidingnya selepas dimohon pasukan pendakwa raya.

Zahid berdepan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan rasuah, dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Beliau diberikan penghakiman DNAA pada 4 September lalu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan hakim mengenai permohonan Jabatan Peguam Negara untuk menghentikan semua prosiding terhadapnya.

Keputusan itu menimbulkan kemarahan yang meluas, dengan Jabatan Peguam Negara berkata hakim memutuskan berdasarkan alasan kukuh yang dikemukakannya kepada mahkamah.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo