NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Zahid: Tuan Ibrahim pelik ‘bukti kuat’ tapi tak terus pendakwaan

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kes profil tinggi melibatkan kepimpinan tertinggi parti dan negara tidak akan dibuat pendakwaan jika pembuktian tidak kukuh.


PETALING JAYA: Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid Hamidi atas semua 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dihadapinya sebagai “hari gelap bagi sistem perundangan negara”.

Timbalan presiden PAS berkata, agak pelik keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan sedangkan terdapat “bukti yang kuat”.

Zahid berdepan 12 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), lapan rasuah, dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. 

Antara pertuduhan CBT ialah beliau didakwa menjelaskan hutang kad kreditnya menggunakan Yayasan Akalbudi melalui 44 keping cek berjumlah kira-kira RM1.3 juta antara Januari 2013 dan Disember 2016.


Sumber I FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo