PETALING JAYA: Kerajaan sedang meneliti pelbagai mekanisme bagi pelaksanaan subsidi bersasar termasuk menggunakan aplikasi MySejahtera.
Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim, berkata sebuah pasukan khas bawah kementeriannya sedang meneliti beberapa mekanisme bagi memastikan penerima layak tidak tercicir.
“Mekanisme untuk melaksanakan subsidi secara bersasar ini sedang diperincikan, termasuk yang disebut tadi menggunakan aplikasi MySejahtera dan sebagainya.
“Saya setuju dengan isu ketirisan dari segi subsidi kita, sebab itu kerajaan perpaduan mempunyai iltizam politik bukan saja dari segi perancangan, tetapi telah melaksanakan langkah pertama.
“Bukan mudah untuk sesebuah kerajaan melaksanakan subsidi bersasar sebab yang tidak dapat akan marah, waima dia orang asing sekali pun tetap (juga) akan bising, tetapi kerajaan telah menunjukkan iltizam pertama, iaitu pelaksanaan subsidi bersasar,” katanya menurut Utusan Malaysia dalam sidang Dewan Negara.
Terdahulu, Senator Arman Azha Abu Hanifah mendakwa banyak subsidi “hilang” kepada warga asing akibat ketirisan yang menjadi masalah utama negara.
Justeru, beliau menyarankan kerajaan mempertimbangkan penggunaan MySejahtera bagi pelaksanaan subsidi bersasar memandangkan 90% populasi negara mempunyai akaun di aplikasi itu.
MySejahtera digunakan Kementerian Kesihatan untuk menguruskan pandemik Covid-19 dan ketika memasuki tempat awam apabila perintah kawalan pergerakan dilonggarkan.
Aplikasi itu digunakan khasnya bagi pengesanan kontak rapat, kuarantin dan tempahan janji temu vaksinasi, selain turut menawarkan ciri lain termasuk menetapkan temu janji pergigian di klinik kesihatan kerajaan.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment