NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan mesti semak duti import eksport, perkukuh rantaian bekalan, kata Samenta

Ryan Lee daripada Samenta berkata, Johor menarik perhatian ramai pelabur asing kerana terletak di kawasan yang penting dan menarik secara strategik. 


PETALING JAYA: Kerajaan perlu menilai semula duti import dan eksport sedia ada untuk mengukuhkan keupayaan rantaian bekalan negara, kata Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta).

Pengerusi Samenta wilayah selatan Ryan Lee berkata, negara juga mesti menangani kebimbangan semasa mengenai batasan ketersediaan tenaga kerja.

Ini susulan kenyataan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong bahawa Greater Johor Bahru dijangka muncul sebagai pusat penting bagi pengembangan dan kemajuan untuk menerajui lonjakan ekonomi Malaysia seterusnya.

“Saya sepenuh hati bersetuju dengan timbalan menteri. Johor terletak di kawasan yang penting dan menarik secara strategik, dan menarik perhatian ramai pelabur asing yang ingin menceburi peluang perniagaan di sini.

“Kita ada pelbagai aset, termasuk tenaga buruh dengan kos berpatutan, keupayaan linguistik, dan suasana industri yang positif. Bagaimanapun, kita juga hadapi cabaran yang memerlukan campur tangan kerajaan,” kata Lee kepada FMT.

Lee berkata, penting untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia meningkatkan kemahiran komunikasi dalam talian untuk menjalin hubungan lebih baik dan belajar daripada pasaran antarabangsa.

“Pengalaman PKS tempatan kita pada masa ini mungkin tidak sebanyak (PKS di) negara maju,” katanya.

“Bagaimanapun, jika kita dapat menyamakan kedudukan dengan meningkatkan kemahiran ‘e-komunikasi’ kita, membolehkan penyelidikan dan pembelajaran yang lebih baik atau meniru entiti yang berjaya ini, sumber secara semula jadi akan tertarik kepada kita.”

Pelaburan inovatif diperlukan di Greater Johor Bahru

Presiden Majlis Pemandu Pelancong Malaysia (MTGC) Jimmy Leong berkata, walaupun pelaburan baharu penting, perhatian juga perlu diberikan kepada bentuk pelaburan unik dan kreatif yang boleh membezakan rantau ini.

“Sebarang inisiatif untuk (menambah baik) bandar seperti Johor Bahru akan memberi manfaat kepada ekonominya, terutamanya jika terletak bersebelahan dengan bandar mega lain seperti Singapura.

“Bagaimanapun, pelaburan inovatif perlu kerana persaingan bukan lagi hanya mengenai pemasaran; ia kini menekankan aspek seperti kualiti perkhidmatan dan kecekapan operasi,” kata Leong.

Penting wujudkan peluang pekerjaan

Leong berkata, kunci kepada industri yang berjaya adalah pewujudan pekerjaan, peranan yang perlu diambil oleh MTGC.

“Sektor yang gagal mewujudkan bilangan pekerjaan yang banyak tidak boleh dianggap berjaya,” katanya.

Tambahnya, berlaku peralihan ketara dalam industri pelancongan ke arah pengalaman yang lebih imersif berbanding pakej biasa, terutamanya susulan wabak Covid-19,” katanya.

“Dalam hal ini, penting untuk menawarkan bukan sahaja produk, tetapi pengalaman yang menyediakan penerokaan bertemakan warisan budaya tempatan kita yang kaya,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo