NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan mahu fokus bangunkan sektor EV - MITI

Kerajaan akan memberi fokus untuk membangunkan sektor EV yang merupakan subsektor berimpak tinggi di bawah NIMP 2030. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memberi fokus untuk membangunkan sektor kenderaan elektrik (EV) yang merupakan subsektor berimpak tinggi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, dasar-dasar berkaitan EV akan disemak setiap beberapa bulan untuk menyokong pertumbuhan subsektor ini.

"Sektor EV ini adalah sektor baharu. Kita akan ada mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) dalam masa terdekat," tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai pemilikan EV yang di luar kemampuan kebanyakan rakyat Malaysia serta usaha mempromosikan penggunaan EV.

Terdahulu, Chin Tong berkata, NIMP 2030 disasar untuk memberi impak yang tinggi kepada kadar pertumbuhan ekonomi negara, terutamanya bagi sektor pembuatan.

Tambahnya, melalui NIMP 2030, nilai tambah sektor pembuatan dijangka meningkat kepada RM587.5 bilion pada tahun 2030, berdasarkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 6.5 peratus termasuk sumbangan subsektor berimpak tinggi daripada elektrik dan elektronik, kimia dan EV.

Selain itu, program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) EV akan bermula pada awal tahun 2024.

Menurutnya, pembangunan bakat teknologi EV telah menjadi satu fokus kerajaan, yang mana Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan telah diminta memberi perhatian pada ketersediaan pusat pengajian tinggi dalam melahirkan bakat EV.

"Susulan itu, Universiti Teknologi Malaysia telah dilantik sebagai ahli Pasukan Petugas EV Kebangsaan (NEVTF) bagi menyelaras kepakaran penyelidikan dan pembangunan bakat berkaitan teknologi EV dalam kalangan universiti-universiti tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) di Dewan Rakyat pada Isnin.

Dalam pada itu, Chin Tong berkata, Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Badan Peneraju Industri atau Industry Lead Body telah membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan berkaitan EV untuk kegunaan bidang TVET. - Bernama


Sumber I Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo