PETALING JAYA: Kerajaan harus memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam Belanjawan 2024 bagi mengukuhkan asas hasil negara, kata kumpulan pesara penjawat awam.
Kumpulan dikenali sebagai G25 itu berkata, asas hasil yang lebih kukuh akan membantu kerajaan merangka skim pesara lebih baik untuk perkhidmatan awam, antara lain.
“Melaksanakan GST dan mengurangkan subsidi bahan api fosil akan memberikan hasil lebih tinggi.
“Kerajaan boleh menggunakan sebahagian daripadanya untuk diagihkan kepada golongan miskin bagi kos tambahan perbelanjaan harian mereka. Pemindahan tunai akan membantu golongan miskin berdepan GST,” katanya dalam kenyataan.
Kumpulan itu juga kesal apabila kerajaan masih belum menyelesaikan pelarasan skim pencen untuk penjawat awam yang telah bersara berikutan keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan pada Jun untuk membatalkan pindaan kepada Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) yang diluluskan pada 2013.
Sambil menyifatkan pindaan kepada Seksyen 3(2) Akta itu sebagai tidak berperlembagaan, mahkamah tertinggi berkata peruntukan itu telah meletakkan bekas penjawat awam dalam “keadaan kurang baik” berhubung dengan hak mereka untuk kenaikan pencen.
Pemohon, bekas kakitangan Wisma Putra, Aminah Ahmad dan 56 penjawat awam yang bersara, mencabar pindaan dibuat kepada Akta pada 2013, di mana satu skim pencen baharu diperkenalkan memberi pesara kadar rata kenaikan tahunan 2%.
Di bawah skim yang berkuat kuasa sebelum pindaan itu, pencen pesara kerajaan akan disemak berdasarkan gaji lazim penjawat awam dalam gred sama.
G25 berkata kerajaan tidak boleh lagi berlengah melakukan reformasi kewangan dan ekonomi yang diperlukan “tidak kira betapa teruk kesannya”.
“Mereka tidak mempunyai pilihan selain melihat melaksanakan reformasi yang perlu walaupun ia memberi kesan, dalam menyampaikan apa yang sepatutnya kepada rakyat.”
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment