NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keluar kerajaan: Syed Saddiq rela dihukum demi pertahankan prinsip

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini berteka-teki berhubung keputusan menyokong kerajaan atau sebaliknya.


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara rasmi mengumumkan keluar daripada kerajaan perpaduan untuk menjadi pembangkang sebagai kuasa ketiga.

Presiden Muda berkata tindakan diambil sebagai protes berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan dalam kes Yayasan Akalbudi.

Dakwa Syed Saddiq, tindakan kerajaan dilihat permulaan menormalisasikan rasuah dan beliau enggan bertolak ansur dengan perbuatan tidak berprinsip seumpama itu.

“Biar saya dihukum dari hilang prinsip dan berdosa besar,” katanya di Instagram sambil memaklumkan beliau akan memberi penjelasan lanjut pada sesi siaran langsung di media sosialnya pada 8.30 malam ini.

Sementara itu, Muda berkata Syed Saddiq telah memaklumkan keputusannya tidak lagi bersama kerajaan kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.

“Namun begitu, Muda tetap komited menyokong usaha kerajaan dalam agenda pembangunan negara progresif yang memerlukan undi dua pertiga dewan seperti agenda reformasi institusi walaupun di blok pembangkang sebagai kuasa ketiga,” katanya.

Tindakan Syed Saddiq itu dibuat menjelang persidangan Parlimen esok untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12.

Selasa lalu, Syed Saddiq berkata beliau tidak teragak-agak menilai semula kedudukan Muda dalam kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, keputusan kes Zahid “melanggar garis merah” dan menggesa tuntutan dibuat Muda diambil tindakan segera oleh kerajaan.

Tuntutan itu adalah penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara, memisahkan kuasa peguam negara dan pendakwa raya, dan mahu Zahid didakwa segera.

Terdahulu, Setiausaha Agung, DAP Loke Siew Fook, mengingatkan Syed Saddiq kemenangan satu-satunya kerusi Parlimen Muda adalah kerana ihsan Pakatan Harapan, yang sanggup memberikan enam kerusinya kepada parti itu pada PRU15.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo