NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kekal gaji minimum dalam sistem baharu elak kejutan, kata ahli ekonomi

Seorang ahli ekonomi berkata, gaji minimum perlu disemak secara berkala bagi mengambil kira inflasi dan peningkatan kos sara hidup.



PETALING JAYA: Keputusan kerajaan mengekalkan gaji minimum RM1,500 dalam sistem gaji progresif tahun depan akan mengelakkan “kejutan luar jangka” dalam pasaran buruh, kata ahli ekonomi.

Pensyarah Kanan Universiti Malaya Goh Lim Thye berkata, ini kerana gaji minimum hanya berkuat kuasa pada Mei tahun lepas. Pengekalan kadar itu boleh membantu perniagaan stabil, katanya.

“Gaji minimum RM1,500 di samping sistem gaji progresif akan menggalakkan pembangunan kemahiran dan laluan kerjaya dengan masih memastikan pekerja menerima gaji asas,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, katanya, penting bagi kerajaan menyemak gaji minimum secara berkala bagi mengambil kira faktor seperti inflasi dan peningkatan kos sara hidup.

Minggu lepas, Menteri Sumber Manusia V Sivakumar mengumumkan bahawa sistem gaji progresif akan dilaksanakan bersama gaji minimum. Menurut kerajaan, sistem baharu itu akan menyediakan peningkatan gaji secara berperingkat dan berfasa selaras perkembangan ekonomi.

Namun, Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia berkata, mengekalkan gaji minimum RM1,500 menjadi suatu “penghinaan” kepada pekerja. Kumpulan itu mendakwa syarikat besar yang memujuk kerajaan meneruskan “sistem eksploitatif” ini akan melihatnya sebagai suatu kejayaan.

Kumpulan hak pekerja itu juga mendesak gaji minimum ditetapkan pada paras sewajarnya, dan sebarang pembayaran bonus produktiviti dijadikan tambahan kepada gaji minimum.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara Firdausi Suffian berkata, beliau terkejut gaji minimum akan dikekalkan dalam sistem gaji progresif.

Beliau menjangkakan kerajaan akan meningkatkan gaji minimum kepada RM2,700, seperti disarankan dalam kajian Bank Negara pada 2018, agar pekerja memperoleh kehidupan bermakna.

Bagaimanapun, katanya, beliau faham keputusan kerajaan itu, memandangkan pelabur baharu mungkin tidak selesa dengan peningkatan gaji minimum.

“Dalam pada itu, jika gaji minimum dinaikkan, di samping sistem gaji progresif, pekerja akan menjadi sangat produktif,” kata Firdausi.

Katanya, kerajaan perlu mempertimbangkan menjadikan dasar gaji progresif syarat yang mesti dipatuhi semua syarikat swasta untuk jangka panjang bagi melindungi pekerja berkemahiran rendah yang akan menerima manfaat daripada peningkatan gaji.
Sebelum ini, Majlis Tindakan Ekonomi Negara berkata, sistem gaji progresif tidak diwajibkan untuk semua syarikat swasta pada peringkat awal.

Khamis lepas, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, sistem gaji progresif dijangka bermula pada April atau Mei.


Sumber I FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo