NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Kalau beri orang muda tiada pengalaman pun tak ke mana “ - Nik Dir

Nik Dir Nik Wan Ku berkata tidak semestinya orang muda mengambil alih pentadbiran Umno Terengganu.


PETALING JAYA: Pemimpin Umno Terengganu tidak mempunyai masalah berundur bagi memberi laluan kepada barisan kepimpinan baharu menerajui parti di negeri itu.

Timbalan Ketuanya Nik Dir Nik Wan Ku berkata perubahan hanya boleh dibuat dengan arahan Presiden Umno Zahid Hamidi yang setakat ini, belum membuat rombakan selepas kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada PRN bulan lalu.

“Kalau presiden kata perlu kepada baharu kita tak ada masalah dan menerima apa sahaja keputusan demi kebaikan parti.

Ads by Kiosked

“Jadi terserah kepada presiden parti, saya dan pemimpin lain terbuka apa sahaja diputuskan parti,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas gesaan veteran Umno Terengganu Abdul Rahman Bakar supaya rombakan segera dilakukan terhadap barisan pimpinan parti itu di Terengganu yang “dibadai Gelombang Hijau” pada PRU15 dan PRN apabila kalah semua kerusi.

Menurutnya, kepimpinan Ahmad Said perlu diganti dan mencadangkan supaya 80% daripada anggotanya membabitkan muka baharu manakala selebihnya pemimpin lama, berperanan sebagai penasihat.

Bagaimanapun, Nik Dir menegaskan perubahan pimpinan Umno Terengganu tidak seharusnya membabitkan peralihan kuasa kepada orang muda tetapi pemimpin mempunyai pelbagai idea baharu.

“Untuk menerajui Umno negeri ini bukan sahaja melihat kepada orang muda atau lama, kita perlu kepimpinan baharu tak kisah orang lama atau orang muda.

“Kalau beri orang muda tiada pengalaman pun tak ke mana juga, sebab itu saya setuju kepada kepimpinan baharu yang boleh merubah corak dan gaya kepimpinan Umno Terengganu dengan idea baharu,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo