PETALING JAYA: Sebuah kumpulan pengguna menasihatkan kerajaan ‘lebih teliti’ sebelum memperkenalkan premis menjual barangan harga murah seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di era pentadbiran Najib Razak.
Khuatir episod perniagaan ditutup berulang seperti KRIM yang hanya beroperasi enam tahun, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) N Marimuthu berkata kajian mendalam perlu dibuat supaya segala perbelanjaan tidak sia-sia.
Menurutnya, perkara perlu dipertimbangkan termasuk bagaimana golongan B40 mendapat manfaat dan memastikan bekalan barangan asas seperti minyak masak, gula, tepung, beras, serta garam sentiasa mencukupi.
Marimuthu turut mencadangkan operasinya dikendalikan kerajaan untuk memastikan kecekapan dan memastikan matlamat asalnya membantu rakyat tercapai.
“Syarikat swasta matlamatnya kaut keuntungan, kerajaan kerjanya bantu rakyat,” katanya kepada FMT.
Minggu lalu, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh meminta Putrajaya mempertimbangkan supaya mewujudkan kedai menjual barangan murah seperti KR1M untuk membantu mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup.
Pada Khamis, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata kerajaan mempertimbangkan cadangan itu, tetapi pada masa sama mengkaji kerjasama strategik program jualan Rahmah dengan kedai koperasi.
Sementara itu, penganalisis ekonomi Nazari Ismail dari Universiti Malaya berpendapat usaha memperkenalkan kedai berkonsepkan KR1M mungkin sia-sia kerana kerajaan perlu berbelanja besar memberikan subsidi untuk barangan dijual.
“Kerajaan mempunyai hutang tinggi dan tidak mampu membayar program ini, melainkan mahu melihat hutang melonjak,” katanya.
Bagi Barjoyai Bardai dari dari Universiti Tun Abdul Razak, usaha itu mungkin berkesan jika secara dalam talian, merujuk kepada ‘kedai maya’ Amazon.
“Sekiranya dijalankan secara komersial tetapi dengan sokongan kerajaan, maka ia mungkin menjual barangan jauh lebih murah daripada harga pasaran,” katanya.
KR1M diperkenal pada 2011 untuk menjual barangan 30% lebih rendah daripada pasaran, bagaimanapun hanya bertahan sehingga 2017.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment