NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Jika dia boleh, PM akan datang pun boleh', kata Syed Saddiq berhubung DNAA Zahid



Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meneruskan kritikannya terhadap langkah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkannya sebagai “kes duluan” yang mungkin digunakan oleh kerajaan masa depan untuk menggugurkan kes rasuah.

“Duluan yang jelas," kata Syed Saddiq yang juga presiden Muda dalam catatan di Twitter.

“Selepas ini apabila kes rasuah digugurkan satu per satu, peguam negara lantikan perdana menteri akan dijadikan perisai utama.”

Parti Syed Saddiq, yang sebelum ini bekerjasama dengan gabungan Pakatan Harapan (PH), keluar daripada blok kerajaan pada 10 September lalu sebagai protes terhadap penghakiman DNAA yang diberikan kepada Zahid bagi 47 pertuduhan dalam kes Yayasan Akalbudi.

Beliau berkata Muda kini akan berfungsi sebagai kuasa ketiga pembangkang.

“Ini adalah permulaan untuk menormalisasikan rasuah,” katanya dalam catatan di Twitter.

“Kami tidak boleh dan tidak akan bertolak ansur dengan langkah tidak berprinsip ini. Biarlah saya dihukum dari hilang prinsip dan berdosa besar.”

Zahid yang juga presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional, berdepan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan rasuah, dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan kebajikan itu. 

Beliau diberikan penghakiman DNAA pada 4 September selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan kepada hakim permohonan Jabatan Peguam Negara untuk menghentikan semua prosiding terhadap Zahid.

Pengerusi PH dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dilantik atas sokongan Zahid, secara konsisten menafikan sebarang campur tangan dalam kes itu, berkata keputusan tersebut dibuat oleh peguam negara ketika itu Idrus Harun mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan. 

Bercakap di Dewan Rakyat semalam, beliau juga berkata DNAA yang diberikan kepada Zahid bukanlah kali pertama sesuatu pertuduhan dihentikan selepas kes prima facie dibuktikan. 

Syed Saddiq berkata kebimbangannya ialah "kerajaan akan datang akan menggunakan duluan yang ditetapkan oleh kerajaan yang dipanggil reformasi".

"Jika dia boleh, begitu juga bakal perdana menteri," tambahnya.

"Masa akan menentukan."


Sumber I MalaysiaNow 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo