NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jawapan Kepada Artikel 101 Kes Rasuah Yang Digugurkan oleh PN

Dari semalam Walanon dok sebar artikel "101 kes rasuah yang digugurkan oleh PN". 

Wow biar betol??šŸ˜±šŸ˜±

Okey biar aku jawab yer.

1. MUSA AMAN (46 PERTUDUHAN)

Jawapan: Pertuduhan ditarik balik oleh peguam negara sebab, SAKSI PENTING tidak ada dan DOKUMEN PENTING kes tidak diperolehi dari Bank di Hong Kong. Kalau dibicarakan, kes tanpa saksi dan dokumen penting memang akan kalah.

2. TENGKU ADNAN (2 PERTUDUHAN)

Jawapan: Kes Tengku adnan telah melalui proses bicara penuh dan dibebaskan oleh HAKIM bukan kes ditarik Pendakwaraya. 

3. AHMAD MASLAN (2 PERTUDUHAN)

Jawapan: Kes Ahmad Maslan digugurkan selepas dia bersetuju bayar kompaun sebanyak RM1.1juta. 

4. ZAHID HAMIDI (40 PERTUDUHAN)

Jawapan: HAKIM membebaskan Zahid Hamidi dalam kes 40 pertuduhan rasuah berhubung sistem visa luar negara (VLN) kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes PRIMA FACIE. 

5. AZEEZ RAHIM (9 PERTUDUHAN)

Jawapan: Kes ini dibebaskan ketika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Tapi kes ini pun HAKIM yang bebaskan Azeez Rahim selepas membenarkan notis usul yang difailkan oleh peguam Azeez Rahim. 

6. SHAFEE ABDULLAH (2 PERTUDUHAN)

Jawapan: Shafee Abdullah dibebaskan oleh HAKIM selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan PRIMA FACIE. 

Jadi, Semua 101 kes terhadap pemimpin-pemimpin UMNO ini TIDAK sama dengan pertuduhan 47 kes ZAHID HAMIDI yang dilepaskan selepas pendakwaan membuktikan PRIMA FACIE dan kes telah dibicarakan selama 4 tahun dan lebih 100 orang saksi telah dipanggil. 

Terimalah hakikat Kerajaan Madani, dari Kerajaan bebas rasuah kepada kerajaan membebaskan perasuah. 

Nurul Islam Mohamed Yusoff

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo