Keputusan untuk tidak membenarkan warga asing yang berada dalam negara daripada membeli beras tidak boleh dibuat secara gopoh, kata Datuk Seri Mohamad Sabu.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu mengulas berhubung gesaan dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh supaya kerajaan menghadkan penjualan beras tempatan hanya untuk rakyat negara ini.
“Ada yang kerja di sektor pembinaan, perladangan dan juga pengawal keselamatan. Bagi saya ia soal kemanusiaan, mereka perlu makanan,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.
Jelasnya lagi, sebarang tindakan terburu-buru perlu dielakkan di saat negara sedang berada di dalam situasi sekarang.
“Jangan gopohlah kerana jika pekerja kita yang berada di luar negara tidak boleh membeli beras murah untuk dimakan, kita akan terasa,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad berkata, kementerian akan mengadakan pertemuan bersama pemegang taruh berhubung perincian prosedur operasi standard (SOP) pemberian lesen borong kepada pengusaha restoran untuk membolehkan mereka membeli beras putih import (BPI) pada harga borong.
“Pihak Pejabat Kawalselia Padi dan Beras akan berjumpa terus dan berdialog supaya mereka dapat memahami pengusaha restoran dan sebagainya.
“Mereka akan diberi harga borong untuk dapatkan BPI supaya mereka tidak tertumpu kepada beras tempatan untuk jualan makanan di restoran,” katanya.
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) pada Isnin meminta kerajaan memperincikan segera SOP berhubung lesen borong yang boleh diberikan kepada pengusaha restoran susulan kesukaran mendapatkan beras putih tempatan (BPT) menyebabkan kebanyakan mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada BPI.
Presiden Presma, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, ini kali pertama KPKM memperkenalkan inisiatif tersebut kepada pengusaha restoran dan pihaknya sedia memohon lesen ditawarkan itu demi kelangsungan perniagaan.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment