NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Jangan ambil hati rakyat P Pinang, Selangor sahaja’, Shafie gesa Putrajaya belaku adil

Shafie Apdal berkata keutamaan harus diberi kepada 10 daerah termiskin di Sabah. 


KUALA LUMPUR: Presiden Warisan Shafie Apdal meminta Putrajaya supaya adil dalam pembahagian peruntukan pembangunan, dengan tidak hanya menumpukan negeri yang sudah membangun seperti Pulau Pinang dan Selangor.

Shafie (Warisan-Semporna) berkata beliau bimbang projek dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang lebih tertumpu kepada dua negeri itu akan menyebabkan negeri lain jauh ketinggalan.

“Saya bimbang apa yang berlaku di negara kita ketidakseimbangan bukan hanya di antara wilayah yang ada, (tetapi) bandar dan luar bandar yang ada amat ketara sekali.

“Setelah mendengar pembentangan (KSP RMK12) saya bimbang banyak tumpuan diberikan kepada kawasan contohnya Pulau Pinang dan Selangor,” kata bekas ketua menteri Sabah itu ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal RMK12 bagi 2023-2025 di Dewan Rakyat.

Beliau berkata dalam usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan seperti disebut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, keutamaan harus diberikan kepada 10 daerah termiskin di negara ini, terletak di Sabah.

“Di Kota Marudu, di Pitas… untuk pastikan tiada kemiskinan, bukan saja fizikalnya tetapi dari segi sosial masyarakat,” katanya sambil menegaskan pembinaan negara bangsa memerlukan pembangunan seimbang.

“Pembinaan negara perlu mengambil kira semua rakyat negara ini, jangan hanya ambil hati rakyat di Pulau Pinang dan Selangor sahaja.

“Kita tahu wilayah-wilayah ini sudah membangun tapi daerah-daerah miskin banyak di tempat lain yang perlu mendapat perhatian di peringkat pusat,” katanya.

Beliau turut meminta kerajaan pusat mengambil perhatian serius terhadap kemudahan pendidikan dan kesihatan yang ketika ini masih pada tahap mengecewakan di negara berkenaan.

“Bayangkan di Sabah ini hanya ada seorang saja pakar jantung, kalau orang sakit jantung dari Pensiangan, Tenom, Pensiangan, malah dari Tawau dan Semporna kena terbang ke KK (Kota Kinabalu). Tak semudah itu,” katanya.

“Sistem pendidikan yang ada juga amat daif, sekolah tiada elektrik, guru tidak cukup kerana terlalu bergantung guru yang datang dari Semenanjung. Kenapa kita tak latih anak-anak kita sendiri?” soalnya.

“Dasar yang sama tak boleh diamalkan secara pukul rata kepada semua kawasan,” tegasnya.


Sumber I FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo