NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Himpunan Selamatkan Malaysia: 20 individu dipanggil polis esok

Tun Faisal Ismail Aziz antara 20 individu yang akan dipanggil polis kerana terlibat dalam Himpunan Selamatkan Malaysia, semalam.



PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung “Himpunan Selamatkan Malaysia” yang diadakan di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid, berkata siasatan dijalankan mengikut Akta Perhimpunan Aman.

“Kita sudah buka kertas siasatan dan akan memanggil mana-mana individu yang dapat membantu siasatan. Mereka akan dipanggil untuk rakaman keterangan dalam masa terdekat,” katanya menurut Harian Metro.

Sementara itu, Ahli jawatankuasa sekretariat bersama Himpunan Selamatkan Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz mengesahkan perkara itu, sambil memaklumkan 20 individu terlibat dipanggil memberi keterangan esok termasuk dirinya.

Mereka diminta hadir pada 10 pagi di IPD Dang Wangi.

“Esok, 10 pagi, ada 20 orang yang terlibat dengan program Selamatkan Malaysia semalam akan dipanggil ke IPD Dang Wangi. Antara yang dipanggil mereka yang berucap,” katanya kepada FMT.

Semalam, Himpunan Selamatkan Malaysia berlangsung dengan peserta berkumpul di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru dan bergerak beramai-ramai ke Sogo, sebelum diakhiri dengan laporan polis oleh sekretariat.

Selain Tun Faisal, watak lain yang menghadiri himpunan tersebut antaranya Badrul Hisham Shaharin, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris, Ketua Penerangan Pejuang Muhammad Rafique Rashid Ali, Adun Taman Medan Dr Afif Bahardin, serta Ketua Penerangan Pemuda PAS Nazir Helmi.

Sementara itu, Razali ketika dihubungi memaklumkan beliau belum menerima sebarang pemaklumkan berhubung arahan hadir memberi keterangan.

“Saya semalam hadir tapi tidak berucap, saya pun pakai baju merah, saya hadir untuk meraikan himpunan bersama, tapi kalau kena panggil beri keterangan tidak ada masalah, saya boleh hadir,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo