NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Haram tak haram, kalau nak sokong juga’, kata Muhyiddin

Muhyiddin Yassin berucap dalam ceramah ‘grand finale’ kempen PRK Parlimen Pulai di Kempas.

JOHOR BAHRU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin percaya pengundi tidak akan terpengaruh dengan “kenyataan haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH)” jika mereka mahu memilih calon itu.

Beliau berkata, kenyataan “haram” dikeluarkannya itu hanya bahasa santai dan tidak berdasarkan al-Quran atau fatwa.

“Kita orang Melayu cakap bahasa santai. Saya cakap pun orang ketawa. Dalam hati dia haram tak haram, kalau nak sokong, sokong juga.

“Haram Muhyiddin tak sama haram al-Quran dan fatwa. Itu bukan hukum, itu kenyataan yang ditekan jangan sokong. Bukan haram berdosa itu pilihan maknanya jangan pilih,” katanya dalam ceramah “grand finale” kempen PRK Parlimen Pulai di Kempas.

Sabtu lalu, Ahli Parlimen Pagoh itu semasa ceramah di Dataran Utama, Kempas, didakwa mengeluarkan kenyataan “haram memberikan undi kepada Suhaizan Kayat”.

Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka terhadapnya dan polis akan merakam kenyataannya Isnin depan.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berkata beliau menyedari fatwa hanya boleh dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang ahlinya terdiri kalangan mufti.

“Saya faham, fatwa negara kita dikeluarkan majlis fatwa kebangsaan yang dianggotai mufti-mufti.

“Saya belum jadi mufti…saya tak fikir boleh dilantik jadi mufti kerana tak ada pendidikan tinggi tentang soal agama,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo