NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Had beli beras tempatan untuk warga Malaysia, cadang exco Melaka

Peningkatan mendadak terhadap beras tempatan disebabkan pelarasan harga jualan beras putih import berkuat kuasa 1 Sept lalu. 


PETALING JAYA: Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Melaka Dr Akmal Saleh meminta Putrajaya mengehadkan pembelian beras tempatan kepada warganegara Malaysia dalam berdepan krisis bekalan makanan ruji itu.

Akmal berkata beras tempatan disubsidi kerajaan itu yang bekalannya semakin berkurangan, selayaknya diberi keutamaan kepada warga tempatan berbanding orang asing.

“Jika kementerian (pertanian dan keterjaminan makanan) tidak boleh membenarkan untuk seluruh Malaysia, sekurangnya dibenarkan dalam Melaka sahaja,” katanya di Facebook.

Awal bulan ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata peningkatan mendadak terhadap beras tempatan kebelakangan ini menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan di beberapa lokasi tertentu.

Ia berpunca pelarasan harga jualan beras putih import berkuat kuasa 1 Sept lalu diumumkan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menyaksikan harganya meningkat di pasaran.

Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan meminta pengilang padi dan pemborong beras negara meningkatkan bekalan beras putih tempatan.

Kerajaan juga menetapkan setiap individu dan peniaga hanya dibenarkan membeli maksimum 100kg beras putih tempatan bagi mengatasi gangguan bekalan.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo