KUALA LUMPUR: Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim mendedikasikan jaringannya ketika membantu Harimau Malaya mengikat China 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu, hari ini, kepada seluruh rakyat Malaysia.
Pemain Selangor itu turut menyifatkan jaringan yang diledak pada minit ke-11 itu sebagai rezeki Allah buat dirinya walaupun sebelum ini berdepan penggantungan selama sebulan.
"Ini bukan untuk saya sebenarnya tetapi untuk pasukan, untuk rakyat Malaysia. Saya berterima kasih kepada semua yang selalu menyokong dan mendoakan saya.
"Perlawanan malam ini untuk rakyat Malaysia. Saya harap perlawanan selepas ini kami lebih berjaya dan lebih garang," katanya dalam video yang disiarkan di Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Faisal mencipta kejutan buat Harimau Malaya apabila menyudahkan umpanan Akhyar Rashid sebelum China yang menghuni ranking ke-80 dunia menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras Lin Liangming pada minit ke-36.
No comments
Post a Comment