KUALA TERENGGANU - Kepesatan teknologi termasuk pelbagai medium media sosial menyebabkan gangguan seksual secara dalam talian terutama kepada golongan wanita semakin meningkat di negara ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata, bagi berdepan situasi itu, golongan wanita perlu bangkit dengan membuat laporan gangguan seksual yang dialami bagi membolehkan tindakan segera diambil.
"Komentar tidak sopan yang ditulis di media sosial juga merupakan bentuk gangguan seksual. Mangsa sebenarnya boleh ambil tindakan terhadap komen-komen di media sosial yang berbentuk gangguan seksual.
"Buat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sekiranya gangguan itu berlaku secara dalam talian. Dalam masa yang sama, laporkan kepada polis untuk pihak berkuasa lakukan siasatan lebih terperinci," kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Jerayawara Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) @Advokasi Antigangguan Seksual di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), di sini pada Ahad.
Menurut Aiman Athirah, pihak kementerian telah mengambil langkah signifikan menerusi penggubalan Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] khusus untuk membendung kesalahan gangguan seksual agar tidak terus dinormalisasikan dalam kehidupan masyarakat.
Jelas beliau, semakin ramai mangsa yang berani tampil membuat laporan dengan adanya akta berkenaan.
Beliau memberitahu, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat 477 kes gangguan seksual dilaporkan pada tahun 2022 dengan 14 kes daripadanya dilaporkan di Terengganu.
"Sebarang kelakuan bersifat seksual sama ada secara fizikal, lisan, visual atau isyarat oleh pelaku ke atas mangsa akan memberi impak negatif kepada kesihatan mental, fizikal dan psikososial mangsa.
"Jangan anggap ia sebagai satu jenaka yang tidak berbahaya, sebab itu kita beri penerangan kepada golongan wanita melalui program advokasi ini untuk menghentikan gangguan seksual ini terus berlaku," katanya.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
Datuk Yip Kum Fook (Peguam) dan pasukannya mengumpul IC orang awam di Kuil Buddha, Taman Desa Jaya, Kepong, untuk melakukan sesuatu, banyak aduan di sana, kalau tak percaya sila minta maklumat dari Ah Thong (yang tinggal berhampiran Kuil Buddha)
ReplyDeleteDatuk Yip Kum Fook menyebabkan Tokong Buddha dan sami Buddha runtuh di Taman Desa Jaya, Kepong, ramai yang mengetahuinya, tetapi mereka tidak menyangka ada yang mengambil berat mengenainya kerana percaya hanya yang pandai di Taman Desa Jaya, semuanya lain adalah bodoh.
Anda perlu berhati-hati dan jauhi orang seperti "Datuk Yip Kum Fook “ telah mematahkan banyak hati orang dan merosakkan tempat itu, kini ramai orang berlaku boikot untuk pergi Taman Desa Jaya kerana ramai yang takut untuk ke sana. Kami sentiasa berada di Pasar Desa Jaya dan kami sangat mengenali Datuk Yip Kum Fook dan pejabat guamannya berhampiran May Bank Desa Jaya.
Ah Fatt kata kawan-kawan dia sama dengan dia sebab mereka adalah golongan yang menipu, perlu dan perlu berhati-hati, harap maklum kepada semua.
Dari Chuan Fatt and kawan-kawan, Taman Desa Jaya, Kepong