NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DNAA Zahid bukan satu kemenangan untuk Umno, kata Wan Agyl

Pengerusi Tetap Pemuda Umno, Wan Agyl Wan Hassan, berkata Umno gagal untuk membuat pembaharuan yang diperlukan walaupun sokongan rakyat kepada parti itu semakin merosot. 


PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pemuda Umno memberi peringatan kepada ahli parti itu agar tidak menganggap pelepasan bersyarat Zahid Hamidi daripada kes rasuah yang dihadapinya sebagai satu “kemenangan” untuk parti itu.

Pada Isnin, Zahid dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atas 47 tuduhan rasuah, jenayah pecah amanah, dan pengubahan wang haram dalam kes Yayasan Akalbudi.

Bagaimanapun, Pengerusi Tetap Pemuda Umno, Wan Agyl Wan Hassan, berkata walaupun sebahagian ahli mungkin melihat keputusan kes itu sebagai satu pemangkin untuk parti, hakikatnya Umno belum mengalami sebarang perubahan yang bermakna.

“Prestasi pada PRU14, PRU15, dan terbaharu pilihan raya enam negeri adalah peringatan bahawa kita telah kehilangan sokongan yang besar,” katanya kepada FMT.

“Kita semua tahu persepsi orang ramai terhadap Umno pada 2018 apabila kita hilang kuasa. Boleh kita kata dalam lima tahun, persepsi itu sudah berubah kepada yang lebih baik?

“Keputusan pilihan raya terbaharu menunjukkan apakah pandangan orang ramai terhadap Umno. Kita perlu jujur. Umno kini bukan dilihat baik dan keputusan DNAA Zahid tidak akan mengubah perkara itu,” kata Wan Agyl.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri, dituduh menggelapkan jutaan ringgit daripada yayasannya, Yayasan Akalbudi, dan menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa menjadi menteri dalam negeri antara 2013 dan 2018.

Permohonan DNAA itu dibuat oleh pihak pendakwaan walaupun Mahkamah Tinggi memutuskan pada Januari tahun lalu bahawa terdapat prima facie terhadapnya.

Ini menyebabkan Pejabat Peguam Negara menerima kritikan daripada ahli politik, aktivis, pemerhati politik, dan orang awam, serta seruan semula untuk pembaharuan sistem perundangan.

“Tetapi Umno tidak boleh menjuarai pembaharuan itu tanpa membuat pembaharuan pada diri sendiri terlebih dahulu. Rakyat kecewa, dan sokongan di peringkat akar umbi semakin merundum,” kata Wan Agyl.

“Kita semakin lemah dengan kadar yang membimbangkan tetapi di mana kebertanggungjawaban? Di mana usaha mencari kebenaran? Pemimpin-pemimpin akar umbi membangkitkan isu-isu penting, tetapi mereka tidak diendahkan.”

Wan Agyl berkata sekiranya Umno meneruskan pada haluan ketika ini, parti itu mungkin menjadi tidak relevan lagi dan dalam masa beberapa tahun lagi ia mungkin hanya wujud dalam buku sejarah.

Katanya, parti itu perlu menangani isu teras yang menjejaskan persepsi dalam kalangan rakyat.

“Naratif rakyat perlu mengundi Umno kerana parti itu mendapatkan kemerdekaan atau membawa kemakmuran sejak berpuluh-puluh tahun tidak lagi relevan.

“Kita perlu berhenti bertindak seperti semuanya baik di dalam parti. Kita berada dalam kerajaan bukan kerana kita menang tetapi tiada siapa (parti) yang dapat cukup kerusi untuk membentuk kerajaan sendiri.”


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo