PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata beliau telah memulakan tindakan saman terhadap jurugambar perdana menteri, Sadiq Ashraf kerana menuduh dan memuat naik gambar beliau “menghisap vape” ketika di Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Beliau berkata notis saman akan diserahkan Jumaat ini dan jurugambar terbabit turut diminta menurunkan hantaran yang dibuat di aplikasi X.
“Bagi saya ini satu jenayah, sebab tanpa usul periksa dia terus tuduh orang hisap vape. Vape ni ada asap, tapi yang ini tak ada asap.
“Jika kita dapat rakaman CCTV, salinan gambar yang diambil kita dapat membuktikan saya tidak menghisap vape,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, beliau menyerahkan surat penjelasan berhubung isu itu kepada Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin hari ini.
Sebelum ini, Ikmal menafikan dakwaan menghisap vape di Dewan Rakyat susulan gambarnya tular di media sosial, sebaliknya mendakwa apa dipegangnya ketika itu adalah pen.
Gambar itu diambil jurugambar perdana menteri ketika Ikmal keluar dari Dewan Rakyat 20 Sept lalu.
Dalam pada itu, Ikmal berkata gambar tular itu telah dilihat lebih satu juta pengguna media sosial dan menerima komen negatif yang meninggalkan kesan tidak baik terhadap maruah dan nama baiknya .
Beliau berharap tindakan tegas diambil mengikut peraturan Dewan Rakyat terhadap jurugambar terbabit.
“Sebab itu saya meminta kepada Speaker Dewan Rakyat untuk kemukakan rakaman CCTV yang mana ia akan membersihkan nama baik saya. Jika terbukti saya menghisap vape, saya mohon pada speaker untuk ambil tindakan tegas dikenakan terhadap saya.
“Jika tuduhan jurugambar perdana menteri terhadap saya tidak benar, saya minta speaker mengambil tindakan terhadapnya di bawah peraturan mesyuarat 93,” katanya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment