NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP tetap prinsip 'Malaysian Malaysia', turut dipersetujui Presiden UMNO

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. Gambar: Bernama


DAP menolak cadangan pemimpin Umno dan MCA untuk menggugurkan slogan "Malaysian Malaysia" yang disifatkan sebagai batu penghalang dalam meraih sokongan orang Melayu kepada gabungan yang membentuk kerajaan persekutuan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata ini kerana semua parti sudah mencapai persefahaman untuk tidak menyentuh prinsip serta perlembagaan parti masing-masing sebelum membentuk kerjasama.

Menurut Loke, perkara itu dipersetujui Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, sambil menambah DAP sudah pun menjelaskan prinsip DAP bagi menangkis beberapa dakwaan.

"DAP mendukung prinsip terbabit termasuk kedudukan Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan," katanya dipetik Berita Harian ketika program ceramah di Muar, Johor, semalam.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Nur Jazlan Mohamed berkata DAP perlu berubah sekiranya mahu orang Melayu menyokong kerajaan campuran.

Menurutnya, orang Melayu masih tidak senang dengan sentimen negara sekular dan "Malaysia Malaysian" yang diperjuangkan DAP.

“Bila saya bersembang dengan pengundi Melayu di Selangor (ketika pilihan raya negeri lepas) dan Johor (ketika berkempen), majoriti mereka cakap masih tak boleh nak terima dengan mudah cara politik DAP yang bagi mereka masih terikat dengan tanggapan parti itu adalah parti totok orang Cina," kata Nur Jazlan.

Pandangan itu dikongsi Naib Presiden MCA Ti Lian Ker yang mahu DAP menjelaskan sama ada konsep "Malaysian Malaysia" yang pertama kali diperjuangkan mendiang Lee Kuan Yew di bawah PAP Singapura adalah selari dengan janji menghapuskan kuota Bumiputera dan mengembalikan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.

Ti turut mengingatkan DAP tentang beberapa perisytiharan parti itu, termasuk Deklarasi Setapak yang menurutnya mahu menghapuskan sistem kuota dan perbezaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera, di samping pemansuhan klasifikasi "sekolah kebangsaan" dan "sekolah jenis kebangsaan” dengan memberikan layanan yang sama rata kepada semua aliran pendidikan, serta kemasukan ke universiti berdasarkan merit.

Ti hari ini berkata DAP perlu berhenti menonjolkan parti itu sebagai mangsa dan tidak mengalih perhatian daripada persoalan utama mengenai penolakan berterusan orang Melayu.

"Jangan tolak, elak atau abaikan gajah di depan mata. Tolong selesaikan isu yang dibangkitkan dengan semangat ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat yang anda janjikan. 

"Jangan menyamar atau berlindung di sebalik 'kerajaan perpaduan' atau sensitiviti '3R' kerana kita telah matang."


Sumber I MalaysiaNow 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo