NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

CIMB, Public Bank lanjut pengecualian MDR bagi peniaga



PETALING JAYA: CIMB dan Public Bank melanjutkan pengecualian kadar diskaun pedagang (MDR) kepada peniaga yang menerima pembayaran melalui platform kod QR DuitNow.

Public Bank menangguhkan penarikan pengecualian MDR “sehingga diberitahu kelak”, manakala CIMB mengekalkan pengecualian itu hingga 31 Dis ini.


Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini mengesahkan peniaga akan dikenakan caj transaksi untuk pembayaran diterima melalui DuitNow mulai 1 Nov ini.

Ketika ini, katanya, pembayaran kad debit dan kredit tertakluk kepada MDR, manakala pengecualian diberikan kepada pembayaran QR.


Menurutnya, MDR bukan caj baharu atau tambahan, sebaliknya ia dikecualikan bagi menggalakkan penggunaan pembayaran kod QR ketika diperkenalkan pada 2019.

Syarikat itu tidak menjangkakan harga barangan dan perkhidmatan akan terjejas selepas MDR dilaksanakan semula.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo