SHAH ALAM - Pusat tarikan Bukit Bendera, Pulau Pinang tersenarai di tangga kesembilan daripada 100 bagi ‘perangkap pelancong’ terburuk di dunia oleh akhbar harian Amerika Syarikat (AS).
Akhbar USA Today menganalisis 23.2 juta ulasan Google mengenai 500 tarikan pelancong paling popular merangkumi 65 negara di enam benua pada Julai 2023.
Dalam analisis itu turut disenaraikan kekerapan ulasan menyebut istilah atau kata kunci ‘perangkap pelancong’, berlebihan atau mahal.
Akhbar tersebut membandingkan tarikan antara satu sama lain dengan mengukur kekerapan relatif dan membahagikan bilangan sebutan serta jumlah ulasan untuk tempat berkenaan.
Kemudian, disenaraikan dapatan kajian supaya orang ramai memperoleh maklumat diperlukan sebelum ke destinasi pelancongan popular di samping menawarkan tip merancang perjalanan yang mampu menjimatkan wang.
Dalam masa sama, Bukit Bendera juga direkodkan berada di tangga ke-14 sebagai kawasan tarikan pelancong yang paling berlebihan di dunia.
Ia melangkaui kedudukan pusat tarikan terkemuka dunia iaitu Times Square, New York dan papan tanda Hollywoood, California yang mana masing-masing berada di tangga ke-17 serta ke-23.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment