NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Blok PN keluar, 'Tambun peliwat' bergema di Dewan Rakyat selepas PM serang Radzi

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berucap di Dewan Rakyat, 14 Jun. Gambar: Bernama




Hampir semua wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) bertindak keluar Dewan Rakyat hari ini selepas kecewa dengan tindakan Speaker enggan menuntut Anwar Ibrahim menarik balik tuduhan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin, ketika perdana menteri menjelaskan isu menghentikan kes rasuah melibatkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Anwar, yang juga ahli Parlimen Tambun, menjelaskan kepada Dewan Rakyat beliau tidak pernah berbincang dengan peguam negara untuk memohon lepas tanpa bebas (DNAA) terhadap Zahid.

Anwar bagaimanapun dipercayai memerhatikan Radzi dan berkata:

"Saya minta penjelasan dia (peguam negara). You boleh gelak, Putrajaya (Radzi), kerana you buat perkara itu. Masa pentadbiran, you buat perkara itu."

Kenyataan itu mendapat reaksi marah daripada Radzi, yang berulang kali menuntut Anwar menarik balik tuduhan itu.

Beberapa ahli parlimen kerajaan lain turut bangun dalam cubaan mengherdik Radzi.

"Ini sangkaan jahat. Tarik balik! Ini maruah saya," kata Radzi.

Suasana kecoh berterusan walaupun Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul berkali-kali cuba menenangkan keadaan.

"Saya nak tanya, adakah Tambun ‘stand’ dengan keputusan tadi, maknanya apa yang Tambun itu, adakah yakin? Kalau dia yakin, yakinlah."

Kenyataan speaker itu menyemarakkan lagi kemarahan Radzi.

"Kalau kata yakin, saya kata saya yakin Tambun peliwat, saya yakin Tambun peliwat," kata Radzi berulang kali, merujuk kepada sabitan Anwar dalam dua kes liwat sebelum ini.

Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin kemudian menegur perdana menteri kerana tuduhan terhadap Radzi belum terbukti.

"Kalau betul pun ada, biarlah betul-betul selepas ada. Ini yang menyebabkan Putrajaya (Radzi) bangkit untuk menyelamatkan maruah dia.

"Kita bincang DNAA ini sebagai perkara yang sudah berlaku. Ini perkara yang tak ada kena mengena, tiba-tiba disebut Putrajaya. Tak adil, sebab itu dia bangun pertahankan maruah dia.

"Sebab itu saya minta YAB (Anwar) selesaikan dan tarik balik. Sebab nanti, kawan-kawan saya masukkan bab-bab yang lain nanti, susah!" kata Hamzah.

Ketika ditanya speaker sekali lagi, Anwar menjelaskan apa yang beliau maksudkan ialah Radzi "tahu pentadbiran dulu bagaimana".

Sekali lagi, Dewan Rakyat bergema dengan ahli Parlimen pembangkang menuduh perdana menteri cuba memutar belit.

"Adakah kamu mencabar saya?" tanya speaker kepada Radzi.

“Saya tidak mencabar kamu. Saya minta keadilan daripada speaker, apabila maruah saya dicalarkan, tak ada kaitan langsung, saya mohon keadilan, supaya Tambun (Anwar) tarik balik, itu sahaja," jelas Radzi.

Johari bagaimanapun memberi amaran kepada Radzi untuk menghalaunya keluar sekiranya terus menuntut Anwar menarik balik kenyataannya.

Beberapa ahli Parlimen termasuk anak Johari, Mohammed Taufiq Johari (Sungai Petani) berkali-kali meneriak ke arah Radzi supaya keluar Dewan Rakyat.

Hamzah kemudian mempersoalkan keputusan speaker.

"Kalau speaker minta Putrajaya (Radzi) keluar, bermakna maruah kami juga, kita semua akan keluar. Sebab itu saya tidak boleh menerima sesuatu yang tidak dipertanggungjawabkan dengan adil. Berikan keadilan."


Sumber I MalaysiaNow 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo