PETALING JAYA: Badan pemantau pilihan raya Bersih menyelar kerajaan perpaduan kerana menentang pilihan raya yang bersih dan adil menjelang PRK Pelangai.
Bersih secara khusus menyasarkan Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying kerana mengumumkan peruntukan tambahan kepada tiga sekolah di Pelangai semasa tempoh pilihan raya, sambil berkata ia bercanggah dengan prinsip pilihan raya bersih dan adil.
“Walaupun bukan satu kesalahan bawah undang-undang semasa untuk mengumumkan peruntukan semasa pilihan raya, Bersih percaya tindakan itu bercanggah dengan prinsip pilihan raya yang bersih dan adil kerana pembangkang tidak mempunyai akses kepada sumber atau jentera kerajaan itu,” katanya dalam kenyataan.
Bersih berkata ia melihat pengumuman peruntukan seperti itu sebagai satu bentuk pengaruh yang tidak wajar oleh kerajaan semasa tempoh pilihan raya.
Ia berkata pengumuman itu tidak akan melanggar prinsip sekiranya peruntukan tambahan diberikan kepada semua sekolah vernakular di seluruh Pahang, bukan hanya sekolah di Pelangai.
Minggu lalu, Lim mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM110,000 kepada tiga sekolah – SJKC Manchis dan SJKC Telemong, yang masing-masing menerima RM30,000, dan SJKT Ladang Renjok diberi RM50,000.
Ahli Parlimen Bachok daripada PAS Syahir Sulaiman mempersoalkan Lim berhubung perkara itu, sambil berkata tindakan berkenaan jelas bercanggah dengan pendirian DAP mengenai amalan pilihan raya yang adil.
Katanya, pengumuman projek dan peruntukan sebelum atau semasa kempen hanya memberi kelebihan tidak adil kepada kerajaan.
Pengerusi Bersih Thomas Fann juga menyelar tawaran Barisan Nasional (BN) untuk menukar minyak motosikal percuma di Pelangai malam tadi, berikutan laporan Malaysiakini bahawa sekurang-kurangnya 15 motosikal beratur untuk perkhidmatan itu di Kampung Shafie dekat Simpang Pelangai.
“Mana-mana parti atau calon yang berpendapat bahawa ia tidak menjejaskan untuk memberikan minyak motor percuma semasa pilihan raya, meletakkan diri mereka dalam keadaan yang tidak baik”, kata Fann kepada FMT.
“Pemberian minyak motor atau apa-apa yang bernilai boleh dianggap sebagai rasuah bawah Seksyen 10, atau sebagai perlakuan bawah Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya.”
Beliau menggesa pesaing mereka membuat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment