NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersama UMNO sejak 2008, Haslihelmy tanding sebagai bebas kerana protes terhadap Umno

Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang berkata beliau tidak berpuas hati dengan pemilihan calon BN oleh pucuk pimpinan Umno. (Gambar Bernama)



PETALING JAYA: Calon bebas PRK Pelangai Haslihelmy DM Zulhasli berkata beliau bertanding sebagai protes terhadap Umno dan menegaskan kehadirannya bukan sebagai pemecah undi sebaliknya menyasarkan kemenangan.

Bekas ahli Umno Bentong itu mendakwa beliau membantah pemilihan Amizar Abu Adam sebagai calon BN bukannya pemangku ketua Umno Bentong Mohamad Zaini Salleh.

“Saya tidak pernah terfikir hendak sampai ke tahap ini (bertanding), tapi sedih dan sebak, saya bersama Umno sejak 2008, tapi Umno tidak angkat suara anak Pelangai yang mahu Zaini,” katanya menurut Sinar Harian.

Terdahulu Presiden Umno Zahid Hamidi mengumumkan Haslihelmy yang merupakan ahli Umno Kampung Sum-Sum dipecat kerana bertanding bebas.

PRK Pelangai 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru di mana Haslihelmy berdepan Amizar dan Kasim Samat yang mewakili Perikatan Nasional.

Sementara itu, Haslihelmy menafikan penglibatannya dalam PRK adalah untuk memecahkan undi sebaliknya beliau menyasarkan untuk menang.

“Saya hadir pada hari ini saya yakin dan Insya-Allah saya akan menang,” ujarnya yang menggunakan logo kereta.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo