Jailani Khamis dipecat PKR pada April 2020 dan menyertai Umno pada Januari 2021. |
PETALING JAYA: Pemecatan bekas exco Melaka Jailani Khamis dari Umno dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti malam ini, kata sumber.
Bagaimanapun, sumber itu berkata, pemecatan Adun Rembia itu mungkin tidak akan berlaku buat masa ini.
Sebaliknya, MKT Umno memutuskan memecat Syed Imran Syed Abdul Aziz yang mengetuai NGO pro-Najib Razak, serta bekas pemimpin Pemuda Umno Nazir Hussin Akhtar.
Pada Mac 2020, Jailani antara empat bekas Adun Pakatan Harapan (PH) Melaka yang membantu menjatuhkan kerajaan pimpinan Adly Zahari, ketika Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) membentuk pentadbiran negeri.
Beliau dipecat PKR pada April 2020 dan menyertai Umno pada Januari 2021.
Jailani salah seorang daripada dua bekas exco Melaka yang berkhidmat bawah ketua menteri terdahulu, Sulaiman Ali, tetapi tidak dilantik semula apabila Ab Rauf Yusoh mengambil alih jawatan itu pada Mac.
Beliau mengkritik pelantikan Rauf dan tidak menyokongnya sebagai ketua menteri.
Awal bulan ini, Jailani diberikan surat tunjuk sebab kerana menghadiri majlis pengumuman calon PN bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram.
Dalam surat kepada Lembaga Disiplin Umno yang dibocorkan, Jailani memohon dipecat daripada parti.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment