NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bapa pasrah ganti anak kahwini pengantin perempuan

JAKARTA, Indonesia – Seorang pengantin perempuan di Indonesia terpaksa berkahwin dengan bakal bapa mentuanya selepas pengantin lelaki melarikan diri, lapor laman berita Tribunnews.

Bakal suami pengantin perempuan bernama SA, Isra melarikan diri menjelang hari perkahwinan mereka pada 29 Ogos lalu. 

Pada hari kejadian, segala kelengkapan majlis perkahwinan mereka sudah disediakan oleh keluarga dengan lengkap.

Abang SA, Wisto Ahmad berkata, sebaik sahaja mendapat tahu Isra melarikan diri, keluarganya terus bergegas ke lokasi akad nikah.

“Tetamu sudah datang untuk pernikahan. Keluarga pihak lelaki memberitahu anak mereka hilang tanpa disedari,” jelas Wisto.

Menurut Wisto, keluarganya telah membelanjakan wang 25 juta rupiah (RM7,633) sebagai persiapan majlis persebut.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, seorang pengantin perempuan dilihat duduk bersendirian di atas pelamin.

Bapa kepada pengantin lelaki yang sanggup menggantikan anaknya kemudian dinikahkan dengan pengantin perempuan. – Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo