NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bank Islam turut lanjut pengecualian MDR bagi peniaga



PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad mengikut langkah tiga institusi kewangan lain melanjutkan pengecualian kadar diskaun pedagang (MDR) kepada peniaga yang menerima pembayaran melalui platform kod QR DuitNow.

Dalam kenyataan bank itu berkata pihaknya akan mengekalkan pengecualian sehingga diberitahu kelak.

“Bank Islam komited untuk memastikan komunikasi telus dalam sebarang perubahan kepada struktur fi kepada semua peniaga,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu CIMB, Public Bank dan Maybank mengumumkan pengecualian MDR untuk peniaga yang menerima pembayaran melalui platform kod QR DuitNow.

CIMB memutuskan untuk menangguhkan MDR sehingga akhir tahun, manakala Public Bank dan Maybank akan mengekalkan pengecualian itu sehingga diberitahu kelak.

Hari ini Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata caj bakal dikenakan terhadap pengguna QR DuitNow bermula 1 Nov tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, Bank Negara (BNM) akan memberi penjelasan lanjut kepada orang ramai mengenai isu dibangkitkan sejak beberapa hari lalu.

Menurut PayNet, caj MDR bukan perkara baharu kerana ia dikecualikan ketika tempoh pengenalan aplikasi pada 2019, bagi menggalakkan penggunaannya.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo