Saya selaku presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengesahkan bahawa Perkasa menyokong dan bersama perhimpunan Selamatkan Malaysia yang akan diadakan esok petang 16 September 2023.
Adalah wajar Perkasa bersama mereka yang mahu berhimpun secara aman bertujuan mendesak keadilan undang-udang negara ditegakkan tidak kira golongan mana baik rakyat marhaen mahu pun golongan kayangan dan pemimpin-pemimpin politik yang sedang berkuasa.
Undang-undang adalah untuk semua.
Semua ahli-ahli Perkasa yang berhampiran dengan Kuala Lumpur diharapkan dapat bersama dan memakai baju berwarna putih.
Bersama saya di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur solat zohor berjemaah pada esok tengah hari.
Sebagai rakyat Malaysia, semua kita berhak berhimpun secara aman bagi menunjukkan bantahan dalam apa sahaja isu.
Perlembagaan negara membenarkan kita berhimpun dan Akta Perhimpunan Aman juga tidak ada keperluan kita mohon kebenaran untuk berhimpunan secara aman kecuali setakat memaklumkan sahaja kepada pihak polis.
Akhir sekali saya berharap ahli-ahli Perkasa dan peserta-peserta lain yang turut sama agar dapat berdisiplin dan tidak mengikut mana-mana pihak yang cuba wujudkan provokasi bagi tujuan berlaku rusuhan atau huru-hara lain.
Kita berhimpun dengan aman dan tidak cuba merosakkan kemudahan awam.
Syed Hassan Syed Ali ialah presiden Perkasa.
* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow.
Sumber I MalaysiaNow
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment