NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar



PAS mempersoalkan pendirian sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu berhubung golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ).

Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Ahmad Yahaya meminta Anwar memberi penjelasan berhubung pendirian sebenar kerajaan campuran melibatkan kumpulan luar tabii tersebut susulan kenyataannya yang tidak jelas semasa wawancara media antarabangsa di Amerika Syarikat baru-baru ini.

“Saya mengikuti jawapan Perdana Menteri mengenai pendiriannya berkaitan ideologi LGBTQ yang disiarkan dalam satu wawancara di sebuah portal berita antarabangsa.

“Sewajarnya Malaysia memberikan satu pendirian yang jelas dalam isu LGBTQ kerana ancaman ideologi ini sedang berkembang dan cuba memaksa dunia lain menerima pakai ideologi LGBTQ dalam negara.

“Kenyataan bahawa ‘hak mereka tidak wajar diganggu’ oleh Perdana Menteri baru-baru ini sangat terbuka kepada pelbagai tafsiran. Justeru, apakah pendirian sebenar Kerajaan Malaysia ketika ini?” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau menyifatkan kenyataan Anwar semasa wawancara tersebut sebagai tidak jelas dan kabur berhubung pendirian sebenar kerajaan melibatkan golongan tersebut.

“Seharusnya beliau memberikan pendirian yang jelas berhubung pendirian Malaysia terhadap LGBTQ ini. Meskipun dengan hasrat merawat golongan ini balik ke pangkal jalan, namun pendirian mengharamkan LGBTQ ini tetap memerlukan ketegasan yang tinggi.

“Isu LGBTQ bukan patut dilihat dalam konteks penindasan semata-mata, tetapi soal kerosakan struktur sosial dan ketamadunan bangsa. Mereka sendiri memilih mengasingkan diri daripada majoriti masyarakat yang normal,” ujarnya lagi.

Anwar juga dibidas kerana mengeluarkan kenyataan berbelit-belit semasa wawancara tersebut.

“Oleh itu, tidak wajar seolah-olah kita menyalahkan orang lain mendiskriminasi golongan ini. Ironinya, jawapan beliau sendiri kelihatan berbelit-belit dan cuba lari dari menentukan sikap tegas demi menyelamatkan nilai kemanusiaan sebagai khalifah di bumi ini.

“Apakah susah bagi Kerajaan menyatakan ketegasan terhadap golongan yang mensongsangkan fitrah manusiawi?” soalnya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo