Tindakan Ahli Parlimen DAP, Howard Lee Chuan How yang mengulas ayat al-Quran disifatkan biadab dan tidak menghormati sensitiviti penganut agama Islam, kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Menteri Besar Kedah itu berkata tafsiran dan huraian ayat al-Quran tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu, tambahan individu tersebut bukan beragama Islam dan mempunyai ilmu pengetahuan mendalam untuk mengulas secara sesuka hati.
“Saya pun tak berani (ulas), tuan-tuan pergi tengok ceramah saya bila masa saya duk ulas dan tafsir ayat al-Quran… Saya bukan bidang itu, walaupun saya boleh kerana saya Islam.
“Saya juga mengaji sedikit sebanyak, tapi oleh kerana saya tidak ada disiplin ilmu yang khusus untuk mengulas ayat-ayat al-Quran dan hadis maka saya tak buat,” katanya semasa berceramah di
Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai malam tadi.
Sanusi mempersoalkan bagaimana seorang bukan Islam boleh pula bebas untuk mengulas mengenai ayat al-Quran mengikut pemahaman sendiri.
“Dia (Howard) ni mengucap pun tidak, kalau aku kata teruk ni… Berani dia pergi duk ulas ayat al-Quran, ayat suci al-Quran.
“…Alif ba ta pun tak reti baca, kote pun tak kerat,” ujarnya lagi.
Howard terdahulu memuat naik video di TikTok, di mana beliau memetik ayat 59 Surah an-Nisa, yang antara lain berbunyi: “Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulul Amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu.”
“Ayat suci ni. Hakikatnya, semua propaganda nak angkat Islam, angkat agama, bangsa dan negara atas nama agama, semuanya ikut deme (kamu), semata-mata sebenarnya nak raih undi,” katanya dalam video berdurasi empat minit itu.
Beliau menghina PAS dan menuduh presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang menunggang agama, sambil memetik ayat untuk memberitahu umat Islam tentang kewajipan mereka untuk menyokong kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Malaysia Madani yang berteraskan prinsip kepelbagaian dan kemajmukan bangsa, keturunrnan dan budaya, jelas menjadi ancaman kepada Hadi dan Hadi tak boleh terima yang orang lain boleh menghidupkan perpaduan macam Madinah al-Munawwarah,” katanya, merujuk kepada pentadbiran Islam yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad.
Howard menuduh Hadi dan pemimpin PAS yang mempersoalkan kerajaan sekarang sebagai antara “Khawarij”, label yang sering digunakan pada pelampau Islam yang menyimpang daripada ajaran Islam.
Klip video itu mendapat kritikan daripada warga maya serta pemimpin PAS, yang kebanyakannya mengingatkan Howard bahawa ketaatan kepada pemimpin adalah bersyarat.
Semalam, kumpulan dikenali sebagai Jalinan Bersatu Sahabat (Jabat) membuat laporan polis terhadap Howard.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment