PETALING JAYA: Adun Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz yang mewakili Muda bukan lagi wakil rakyat dalam blok pengimbang Pakatan Harapan (PH) DUN Johor.
Ketua Pembangkang Johor, Andrew Chen Kah Eng, berkata keputusan itu selaras dengan tindakan Muda peringkat pusat menarik balik sokongan kepada kerajaan perpaduan.
“Oleh kerana Muda telah memilih dan memutuskan untuk meninggalkan kerajaan peraduan dan bersikap tidak mesra dengan kerajaan perpaduan, maka secara automatiknya, Adun Muda di Johor bukan lagi berada dalam blok pengimbang PH.
“Kami amat kecewa dengan sikap Muda yang sentiasa mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan kerajaan perpaduan kebelakangan ini,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Muda secara rasmi mengumumkan keluar blok kerajaan untuk menjadi pembangkang sebagai kuasa ketiga sebagai protes keputusan DNAA Zahid terhadap 47 tuduhan dalam kes Yayasan Akalbudi.
Dakwa Syed Saddiq, tindakan kerajaan dilihat permulaan menormalisasikan rasuah dan beliau enggan bertolak ansur dengan perbuatan tidak berprinsip seumpama itu.
Selain itu, Chen berkata tindakan Muda kebelakangan ini juga bertentangan dengan semangat setia kawan termasuk meletakkan calon mereka melawan PH dan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Johor, tahun lalu.
“Tambah menyedihkan apabila presiden Muda melabelkan DAP sebagai ‘lapdog’. Walaupun PH banyak bantu mereka sebelum ini, tetapi tindakan ini menunjukkan mereka tidak mengenang jasa,” katanya yang juga Adun Stulang.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment