907da155323ae5c1087b40042e3fdc7e65044bcabb38b-681x426
Foto: Rushdan Manan

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, di sini, pada 5.50 petang tadi.

Perkara itu disahkan Setiausaha Sulit beliau, Ayu Sulaiman.

Beliau berkata, Allahyarham berusia 72 tahun.

“Jenazah akan diuruskan di Kompleks Tanah Perkuburan Islam Samariang pada malam ini juga,” katanya kepada Bernama.

Pada Pilihan Raya Negeri 2021, Talib memenangi kerusi DUN Jepak dengan majoriti undi 4,243. – Bernama