Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam sebuah forum antarabangsa ditanya mengenai kes melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau jawab, pertama, peguam negara ada berjumpanya dan menunjukkan fakta-fakta yang boleh menyokong pelepasan Zahid.
Perdana menteri tanya peguam negara sama ada bolehkah beliau menyokong (pelepasan Zahid)? Peguam negara jawab: ya.
Kedua, perdana menteri sebut dalam forum itu bahawa 47 pertuduhan ke atas Zahid semacam tak munasabah.
Setiap cek yang dikeluarkan oleh Zahid adalah satu pertuduhan.
Beliau juga menyatakan terdapat memo dalaman Jabatan Peguam Negara yang tidak menyokong pendakwaan ke atas Zahid sebelum ini. Tetapi Zahid didakwa juga.
Bagi saya pendedahan oleh perdana menteri ini adalah “damaging” dan “politically incorrect”.
Pertama, mengapa perlu peguam negara memberitahu perdana menteri kedudukan kes Zahid kalau sekiranya peguam negara boleh bertindak secara bebas?
Ayat perdana menteri bertanya sama ada peguam negara boleh menyokong pelepasan Zahid itu pun menunjukkan seolah-olah perdana menteri ada kepentingan.
Sepatutnya perdana menteri beritahu peguam negara, “Maaf saya tidak mahu mendengarnya. Ia sepenuhnya budi bicara anda. Saya tidak mahu ada kaitan dengannya. Jadi, awak tolong buat apa sahaja yang awak rasa patut”.
Tetapi ini tidak berlaku. Sebaliknya, perdana menteri bertanya kepada peguam negara, bolehkah dia menyokong?
Keduanya, mengenai memo dalaman Jabatan peguam negara yang ditulis oleh seorang timbalan pendakwa raya yang tidak mengesyorkan pendakwaan ke atas Zahid.
Katanya kalau didakwa pun sukar untuk membuktikan wujud prima facie.
Ramai peguam mengulas mengenai memo ini.
Memo ini hanyalah pandangan seorang timbalan pendakwa raya kepada orang atasannya.
Apabila pendakwaan ke atas Zahid diteruskan, bermakna orang atasan di Jabatan Peguam Negara pada masa itu menolak pandangan timbalan pendakwa raya ini.
Apatah lagi pandangan timbalan pendakwa raya tersebut ternyata terkhilaf apabila mahkamah mendapati wujud prima facie setelah meneliti semua keterangan dan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
Memo tersebut tidak relevan lagi. Malangnya, memo yang tidak relevan ini dijadikan sandaran oleh perdana menteri untuk menyokong pandangannya.
Saya fikir perdana menteri perlu lebih berhati-hati apabila membuat kenyataan lebih-lebih lagi dalam sebuah forum antarabangsa.
Marzuki Mohamad adalah bekas ketua setiausaha sulit kepada perdana menteri ke-8, Muhyiddin Yassin.
* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow.
Sumber I MalaysiaNow
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment